Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts

Sunday, January 8, 2012

Setelah seminggu....

Pagi tadi naik scale, berat sy naik 200 gram...jadi 74.0...hehehe...mungkin sebab datang bulan kot...tp diet tetap diteruskan...

Dengar ceritanya kak zel dah mula wat contest setahun khas buat peserta berat melebihi 90kg...pasti ramai yg kecewa sebab tak dapat join kan...tapi takper sy akan menganjurkan contest yg diberi nama

"MENCAPAI BERAT BADAN IDEAL"

saper yg dah capai berat badan ideal takleh join...sebab apa lagi yg korang nak...dah ideal kan...kurus kering kang tak cantik plak...nak tau berat badan ideal ker tak... kena lar kira BMI...

FORMULA MENGIRA BERAT BADAN IDEAL (BMI)

Indeks Jisim Tubuh (BMI) : Berat tubuh badan (kg) bahagi Ketinggian (m) kali Ketinggian (m)
Contoh :
Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mual-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan
BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6



Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obese (berat badan berlebihan)




contoh BMI ku (tinggi 1.52m, berat 74.0kg
1.52x1.52= 2.3104
74/2.3104= 32.0

berat badan ideal buatku antara 47kg hingga 57kg
1.52m x 1.52m = 2.3104
57kg /2.3104 = 24.7
47kg /2.3107 = 20.3

 

Contest akan bermula 1 feb 2012 hingga 11 April 2012 (10 weeks)

Syarat2 penyertaan akan sy update kemudian....

yg penting skali peserta mesti ada FB @ blog

dan mestilah ahli fb Kumpulan Manusia Mahu Kurus

Saper berminat boleh ikuti perkembangan kat FB dan blog saya....

2 comments:

Kehelan said...

salam

saya skrg dh kategori normal, tp berat ideal 52 kg, boleh join tak?

Mummy said...

boleh sajer...