Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts

Tuesday, February 16, 2016

KEBAIKAN AIR LEMON.....POINT NO 11 TU YG UTAMA

12 Kebaikan Air Lemon yang Semua Orang Kena Tahu.

Air Lemon berbeza dari air limau kerana air lemon mempunyai sifat alkali yang boleh membuang asid berlebihan dalam badan. Untuk membuat air lemon yang segar, Lemon segar boleh dipotong dan hanya diperah dalam segelas air atau jag tanpa gula atau dengan gula atau madu. Mudah kan?

Banyak kelebihan minum air lemon setiap hari. Anda pasti akan minum air lemon setiap hari kerana kelebihan-kelebihannya yang sangat baik untuk kesihatan.

Lemons

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah. 

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantumenghadam lemak degil. 

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahakyang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Sunday, August 23, 2015

minggu ke 4 atkins....

nampaknya menu roti wholemeal 2 kpg dipagi hari bersama gula2 fisherman friend ntah bape ketul sehari membuatkan berat badan ku xturun....

wat masa ni aku xleh nak wat apa lg pasal makan masih kena pantang dan batuk pun xsembuh lg....aku xtau pasal apa batuk kali ni lambat sembuh...mungkin Allah xizinkan lg aku utk sembuh...mungkin ada lg dosa2 kecil yg blom terhapus....sakit tu kan penghapus dosa...insyaAllah...

Aku masih makan ubat batuk (read :manis) dan irfan masih menggaru2 bontotnya kalo xdipantau...2 ari cuti dok umah boleh la aku monitor dia...tp bila kat taska aku cuma bleh pesan kat pengasuh suh tukar diapers dia 2 jam skali xkira la kencing ke tak....

mungkin juga menu makanan yg byk goreng dan minyak menyebabkan batuk aku lambat sembuh....nampak nya aku leh makan dgg sup, sup sayur dan ikan stim sajer la nampaknya....

aku xleh nak stop diet wpun utk sementara waktu sebabnya aku tau diri aku ni camner....sedangkan cheat sehari pun aku leh melantak apetah lagi nak tunggu sembuh btol2 macam biasa lg la haru nanti......membiak2 la lemak dgn jayanya

maka....utk minggu ni aku nak kena wat method baru.....

1.MAKAN
 DIsebabkan aku masih xleh elakkan makan fisherman friend, roti dan ubat batuk yg mana xlulus DA, jadi aku akan make sure gatal2 irfan dan batuk aku sembuh dgn cepat, maka menu makanan yg aku akan ambil adalah
pagi roti bakar
tghr sup sayur, ikan bakar, @ sup dgg
malam: sup sayur ikan stim @ sup dgg

2. WORKOUT
memandangkan dah sebulan aku DA maka aku akan mula workout....zumba dance workout 30 minit sehari.....di samping kerja2 hakiki dan kerja rumah yg mmg buat tiap ari

3. GREEN TEA
seteko sehari....pg dan ptg.....air masak campur green tea 3 liter sehari...
wat masa ni pg aku minum 500ml
kat opis 1.5liter
ptg 500ml
mlm 500ml
cukup 3 liter
kekadang cukup kekadang tidak

4. BANTUAN
- aku nak start apply losyen mustajab semula bg memepercepatkan proses pembakaran lemak tepu
-pakai korset 24 jam kecuali masa mandi....aku tgh berkira2 nak beli korset yg lebih efektif....

InsyaAllah dgn method baru ni semoga ada penurunan minggu depan.....wat masa ni berat aku menten...naik 79 turun 77 jadi aku malas nak amik pic scale....rasa sedih dan down sgt....tp takper usaha tetap diteruskan hingga berjaya.....


WISH ME LUCK.......

Wednesday, August 19, 2015

arini dah ari ke 23 atkins.....



nak masuk minggu ke 4 dah DA...wpun xbyk turun tp boleh la....dr terus naik....

setiap ari ini la yg berlaku...ni menu makan malam utk satu family....

aku amik ni je....

close up sket dgg masak merah




ni bekal bawak g opis....





ni pic jumaat 14 ogos...mcm biasa try pakai bj lama....Alhamdulillah muat



ni menu smalam....bekal bawak opis..panaskan kat microwave

ni bf terdesak namanya.....aku kan tgh pantang telur...sempat wat ni je....jgn tiru ya anak2...better makan burger ayam 



Monday, August 17, 2015

minggu ke 3....

Ari isnin aku xtimbang coz tau dah mesti naik punya...jamuan isnin, rabu, jumaat dan sabtu....walaupun sedaya upaya menepis serangan dan godaan carb...tp ada gak termakan....bukan ter la....sengaja makan...actually benda ni terpulang pd kiter sendiri...xde saper pun paksa kiter makan hingga mengacam nyawa....depends kat kiter kuat menolak ke tak....

So ari ahad dah start kembali kepangkal jalan semula...maka induction bersambung lagi....


ni pic rabu minggu lepas....

ni gambar raya memakai bj yg sama


Aku rasa xnampak beza lg cuma rasa lebih selesa pakai bj ni...kali ni induction straight sampai blk kg InsyaAllah 29 ogos ni....




Sunday, August 9, 2015

2 minggu induction on and off

Setelah 2 minggu mengatkins kan diri.... result untuk minggu ke 2 adalah

77.8kg

Total lost 4.4 kg....Alhamdulillah syukur...nampak ada keserasian antara aku dgn atkins ni....InsyaAllah akan diteruskan...masih jauh lagi perjalanan...ada 22kg lg nak kena singkirkan.....

Masalah aku skang adalah

1. Irfan sejak lepas raya aritu kena gatal2....aku xtau apa punca...mungkin berguling2 main bola masa balik kg...atau dia main kucing yg aku xtau..aku pantangkan dia makan seafood dan telur tapi disebabkan dia masih breastfeed maka aku telah tambah kepantangan dlm menu atkins...tolak seafood...tapi aku still makan ayam dan telur...yg mana menu tu je yg senang aku nak masak.....masalahnya dah dekat sebulan gatal2 dia xreda..br nak ok dia menggaru jadi blk.....seminggu aku bergilir jaga dia dgn hb....seminggu hb mc sakit mata sambil jaga....dan sabtu lepas hb gi refer klinik semula....katanya ada kemungkinan masih xpulih sebab aku makan telur dan ayam wpun dia xmakan....
maka boleh imagine x apa je yg aku boleh makan sepanjang masa atkins ni....daging ikan dan sayur sahaja....adoyai...hb lak xbrapa suka ikan kecik...jadi byk keje aku nak masak pelbagai makanan yg sorang ni xsuka makan..yg sorang ni pantang....adoyai skali lagi....

2. open house......boleh yer open house jadi satu masalah pada aku....aku boleh tahan selera tapi...sambil nak jaga hati kawan2 yg menjamu makan...yg mana mereka memerhatikan apa yg aku makan...wat masa ni boleh lg bg alasan pantang irfan gatal tp...nasik xkan pantang gak kan.....
mcm cth tuan rumah sediakan laksa, nasi minyak dan mee kari udang....boleh kata semua aku xleh makan...jd nak tak nak terpaksa la jamah carb sket iaitu nasi minyak....hehehe...konkrit x alasan nak cheat...

3. Aku batuk selsema....mula2 aku ok lagi....byk minum air masak je...tp bila dah tido malam pun terganggu aku pun amik ubat....ubat selsema antibiotik xde masalah tp ubat batuknya manis...means ada gula...maka..terpaksa la demi kesihatan dan disamping itu aku mmg jenis kena makan gula2 sepanjang masa dilanda batuk...kalo x... mau bergegar opis dgn bunyi batuk aku je....ubat batuk bersama gula2 ntah brapa biji 1 hari mmg xlulus DA la...tp nak wat caner...kerna kesihatan ku relakan....


Aku masih lg xstart workout....ada yg cakap kena tunggu 2 minggu baru leh wat workout...stakat kemas rumah tu ada lar gak buat bg keluar peluh....insyaAllah arini baru nak start zumba....tu pun tgk gak kalo sampai rumah awal...aku stop workout sejak mula puasa aritu....sampai la ni xstart pun lagi....liat je rasa....harap2 aura kerajinan tu timbul dan xhanyut dilanda arus deras....

Bakal open house akan ada lagi rabu ni dan sabtu ni.....rasa cam nak menyorok kat mana2 planet sementara waktu...hehehe....









Wednesday, August 5, 2015

Di antara menu atkins yg menjadi santapan....

sup sawi, telo ddr n ikan grg


bahan2 telur meriah


breakfast kebanyakan hari


tolo lg

ikan grg n sayur bayam

grilled lamb dan kangkung

bahan2 telur meriah


tadaa...

pucuk paku telur dan tenggiri

ikan grg sayur buncis

dgg grg telur mata




Monday, August 3, 2015

seminggu atkins....

Ari ahad aku ader wat makan2...utk wingmate masa blajar dulu maka terlanggar pantang...

berat 27 jul 82.2
berat 2 ogos 79.0kg
total lost 3.2kg

hasilnya.....