Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts

Wednesday, April 25, 2012

Hadiah telah diposkan...

                                                                        tada...................




Ada 7 hadiah semunya..aku poskan 2 ari lepas...harap2 lar sampai kepada pemenang dgn segera...dimaklumkan bahawa barangan yg diberi adalah berbeza dari segi nilai...utk tempat pertama nilai nya lebih dari tempat ke 2 dan begitu lar seterusnya...
bagi yg dapat hadiah bersaiz...aku agak2 jer saiz korang...kalo tak muat atau terlebih muat pandai2 lar korang nak simpan ker nak bagi orang lain ker...
kalo yg tak muat tu boleh buat sebagi pembakar semangat utk kuruskan badan...hehe...ada hikmah tersirat disitu...
sejak dah berbadan dua nih aku dah jaran masuk FB KMMK dan jarang update cerita pasal berat...yer lar badan dah makin kembang dan berat makin naik takkan nak citer kat blog...heheh...Bagi yg bertanya khabar...Aku sihat Alhamdulillah...baby pun Alhamdulillah...dah mula buat check up...
Doakan aku sihat sejahtera dan slamat melahirkan...InsyaAllah...

Ni picture aku yg terbaru...Sudah mula membulat....heheh

Thursday, April 19, 2012

Hadiah MBBI dalam proses pembungkusan....

Hadiah untuk pemenang MBBI aku tgh usahakan skang...InsyaAllah kalo takder hal apa2 aku akan pos selewatnya next week...Maaf diatas kelewatan...agak busy sepanjang minggu nih...heheh..perasan sibuk jer sebenarnya...

Hadiah tajaan Avon, Cosway, Tupperware Bliss dan aksesori telefon (hb sponsor)...


Wednesday, April 11, 2012

Pengumuman pemenang contest 'Mencapai Berat Badan Ideal'.

Smalam 11 April adalah hari last untuk pertandingan MBBI...Aku dah publish aku nyer no phone kat fb KMMK supaya setiap peserta boleh sms aku berat memasing...sms diterima seawal 9 pagi kalo tak silap dan panggilan telefon terakhir diterima jam 9 malam...pastu takder dah panggilan atau sms diterima...

Hanya 7 peserta sahaja yg update berat....dengan ini diumumkan pemenangnya adalah

NO PESERTANAMA1-Feb11-Aprtotal lostLWP
37Adnin nadhirah80.967.113.817.06
32Shadia Darwisy62.553.5914.4
9Krissia Phillip68.259.38.913.05
21Nazariah Jadon59.154.24.98.29
16HAZLINA DIN68.565.23.34.82
14Adora Endut54.852.62.24.01
12Nadiyah Abdul68.969.2gain 0.30


Pemenang dinilai berdasarkan LWP paling tinggi...

Formula LWP = [(Berat 11 Apr - Berat 1 Feb) / Berat 1 feb] x 100

Setiap 7 peserta ini dikehendaki menghantar gambar berat timbangan 11 Apr dan gambar full body sebagai bukti.....Hadiah akan diberi kepada 3 peserta teratas seperti yg dijanjikan dan hadiah saguhati akan diberikan kepada 4 peserta lagi kerana komitmen berjaya menamatkan contest ini...



Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua 41 peserta MBBI seandainya ada tersilap kata, tutur bicara, tingkah laku sepanjang sy menganjurkan contest ini...Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk tu adalah kerana kekurangan diri saya sendiri...Contest ini amat bermakna pada saya kerana tujuan asalnya untuk menurunkan berat badan bersama peserta semua tetapi sy terpaksa menyingkirkan diri sendiri kerana telah pregnant...Syukur Alhamdulillah...Walaupun tak dapat menyertai contest ini sehingga ke akhirnya, sy bersyukur kerana ada hikmah disebaliknya...Setahun lebih sy berusaha untuk mendapatkan adik bagi batrisyia tetapi blom ada rezeki dan mungkin kerana berat badan yg berlebihan membuatkan sy sukar mengandung...Apabila sy menyertai geng KMMK, sy berjaya meurunkan berat sehingga 10kg dalam masa beberapa bulan.....selepas itu berat sy turun naik sehingga lar 72.9kg...rupa2nya masa tuh dah ada isi...heh..patutlar liat sgt nak turun...walaupun kini dah berbadan dua sy masih lagi mengamalkan diet seimbang dan berkhasiat....

Kepada yg berjaya atau tak menurunkan berat badan...Jangan sesekali berputus asa...teruskan usaha anda hingga MENCAPAI BERAT BADAN IDEAL....Sekian...