Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts

Sunday, October 23, 2011

Tinggal lagi seminggu....

7 hari jer lagi nak menamatkan contest turun 5 kg sebulan...tak tau ler dapat ker tak capai target...Program nih bermula 1 okt lepas dan sehingga hari ini berat bdanku tak turun banyak...tetapi....

ari jumaat lepas aku sesajer ler mengetest baju yg dah dekat brapa bulan aku tak pakai gara2 sendat sangat...dan...lihatlah hasilnya...

sudah muat...walaupun tak lega banyak tapi muat lar...utk minggu nih aku lost another 1.2kg...
selain timbang berat aku ukur lilit badan gak..untuk tuh aku lost 2.8 inch dalam masa seminggu...heheh...

Aku sedang mengikuti satu program diet bersama sejenis produk....kalo menjadi nanti aku akan reveal produk apa yg aku guna...


Tuesday, October 18, 2011

Resepi makanan diet....

Atas permintaan sahabat diet, maka aku up entri khas resepi khusus untuk makanan sihat...
makanan yg kurang minyak, kurang garam dan yang penting fresh


Ikan siakap stim



 ketam stim
Actually kedua2 masakan nih menggunakan resepi yg sama...

Bahan-bahan seekor ikan besar atau 3 ekor ketam
  • 2 biji bawang cina (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • sebiji buah tomato yang dibelah menjadi 8
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 biji asam boi warna putih (dihiris isinya)
  • sebiji limau nipis (ambil airnya)
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan /ketam dan . basuh bersih sebelum diletakkan dalam pinggan untuk dikukus.
  2. semua bahan2 dihiris. selepas itu, ditabur di atas pinggan yang berisi ikan/ ketam tadi. taburkan garam dan juga air limau nipis. letakkan tomato yg telah dibelah ke atas ikan/ketam tersebut
  3. panaskan pengukus sehingga air mendidih. selepas itu boleh mula mengukus  selama 20 minit atau sehingga ia masak.
  4. siap utuk dihidangkan. makan dengan nasi panas... sedappppp
Udang Bakar berempah


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2kg udang (saiz sederhana)
  • 7 biji bawang kecik*
  • 5 ulas bawang putih* 
  • 2-3 inci halia*
  • 5 sudu makan madu
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit garam (ikut selera lidah masing2)
  • sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. untuk membuat bahan perap:
  2. kisar bahan2 yg b'tanda * sehingga halus (kalau rajin, tumbuk dgn lesung batu, lg sedappppp)
  3. Tuangkan bahan2 kisar ke dlm mangkuk besar. kemudian, tambahkan madu, serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan garam. Gaul sebati
  4. masukkan udang yg dh dicuci ke dalam bahan2 perap dan perapkan semalaman (lg lama perap lg sedap)
  5. udang sedia utk bakar (boleh dibakar terus atas api, boleh dibalut dengan daun pisang, aluminium foil, atau daun kunyit)
  6. Dah masak sedia untuk dimakan


Tomyam kung


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 6 cawan air
  • 2 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 labu bawang besar
  • 5 helai daun limau purut
  • 300 gram udang
  • 5 biji limau nipis
  • cendawan tiram (ikut suka)
  • 10 biji cili api (belah dua)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Masukkan air, lengkuas, serai, bawang besar & daun limau kedalam periuk. Jerangkan atas api sampai mendidih.
  2. Kemudian masukkan udang dan perahan air limau. Jangan dikacau sehingga udang berubah warna.
  3. Kemudian masukkan pula cendawan dan cili api. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  4. Sedia dihidang.


Kerabu mangga

bahan2
1. Sebiji mangga muda dipotong halus
2. Sebiji buah tomato segar di potong dadu (buang empulurnya)
3. sebiji bawang holland di potong dadu
4. 10 biji cili padi
5. garam, gula dan kerisik secukup rasa


Cara2
gaul semua bahan hingga sebati
sedia untuk di makan...nak lagi feel simpan dalam peti sejuk jap



Tu sajer resepi wat masa ni..lain masa aku upload lagi tapi kalo nak lebih banyak resepi leh rujuk sini
Resepi diatas juga diolah dari sana gak...
Slamat mencuba

Friday, October 14, 2011

Santapan minggu ini...


Ni menu sepanjang minggu ini yg sempat aku snap...diantaranya

Ikan siakap stim asam boi
 sebelum



 selepas



udang bakar berempah bersama taugeh goreng

dan

breakfast pagi sandwich salad ayam...

setiap pagi skang nih aku makan roti wholemeal jer dan lunch aku makan nasik sesenduk bersama lauk
malam plak aku akan makan lauk  seperti sup atau tomyam..kalo lauk tak berkuah aku akan makan dengan roti...workout ada ler skali itupun lari2 kejar batrisyia kat padang jer...tengokler ari isnin nih ada penurunan ker tak....


Friday, October 7, 2011

Menu makan lagi....

Ni menu makanan minggu ni yg aku sempat snap..yg lain tuh aku dah bedal dulu, dah tinggal tulang baru ingat nak snap gambor...heheh



menu lunch ari selasa kalo tak silap...
sayur kobis tumis air dan ayam bakar berempah


menu ari rabu
ikan kembong stim asam boi

breakfast ari khamis
roti whole meal bersama sapuan mentega dan kaya
secawan nescafe panas...

minggi nih aku banyak makan malam kat luar...walaupun tak amik nasik dan makanan berat tapi still makan gak...rasa bersalah plak...heheh...

8 gelas air sehari...

8 gelas air masak sehari.....
Biasa kiter dengar statement nih bila mengikuti ceramah kesihatan atau program diet...Aku tak penah kira plak baper gelas air aku minum sehari tapi boleh tahan lar jugak banyak nyer pasal aku memang bawak air masak dari rumah untuk bekal...memang dari dulu lagi

Tekak aku nih takleh terima air water cooler kat opis...rasa apa ntah macam minum air direct paip jer..so aku mesti bawak bekal air masak dari rumah...Pagi smalam aku sukat ler sumer botol kat rumah..nak tau gak sebotol baper liter...


skang nih aku bawak bekal botol kaler biru tuh....biasanya menjelang petang dah habis...kat rumah aku minum ada ler 2 ke 3 gelas...


aku dah sukat sumer jenis botol nih
botol biru avon 1.6L
botol tupperware kuning 2.0L
gelas 200ml
botol bliss 500ml

So slama nih aku minum nak dekat 2.0 liter sehari...kira 10 gelas ler sehari...
tp bila wat detox aku minum lebih banyak air lagi...tu yg selang 15 minit ke toilet...

Aku masih lagi berdiet seperti biasa cuma kurang workout sebab cuaca hujan setiap petang....
Untuk cabaran turun 5kg anjuran kak Zel...timbangan pertama akan dibuat isnin depan...tak tau ler ler caner nanti...harap2 turun ler hendaknya...



Tuesday, October 4, 2011

Menu makanan sihat sepanjang berdiet...

Aku dah mula menjaga menu makanan semula cuma kali nih tidaklar berdetox...cuma control makan dgn makan makanan sihat...Setiap apa yg nak ditelan aku akan fikirkan adakah makanan ini baik untuk kesihatan...???
 Ni diantara menu2 sepanjang minggu lepas...


tomyam khung...aku panggil tomyam putih...tak guna perencah pun...



kerabu mangga bersama tomato

ayam goreng pun ada gak khas utk sibudak bertuah..kesian plak kat dia, mak bapak sibuk berdiet takkan lar dia pun nak makan makanan ni jugak...so aku gorengkan sedikit ayam

peace tatap menjadi trademark...
aku tetap masak nasik untk sikecik dan my BIL...aku makan lauk jer...

biasanya lauk yg dimasak malam tadi aku akan buat bekal utk lunch esoknya...

ni breakfast diujung minggu...roti wholemeal bersama sapuan kaya dan vatelite..
yg compang camping tuh lebihan roti dominos pizza...



ni menu ari sabtu..sup campur ala siam dan ayam bakar berempah...

Aku seboleh2nya masak jenis rebus, panggang, bakar, stim, sup dan tomyam jer...
kalo boleh nak elakkan menggoreng dan masak bersantan...

Dulu bila nak masak untuk diet nih aku jadi takder idea nak masak apa...la ni sejak bergelumang dengan 4 fail resepi nih....(read: fail ngko bukan buku lagi dah), aku dah jadi kreatif plak...hb pun makan dengan tanpa banyak bicara...walaupun makanan untuk diet, masih lagi rasa lazat dan aku berselera menikmatinya...takder lar rasa tertekan sangat...baru lar boleh diet dengan gembiranya...