Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts

Monday, July 8, 2019

Intermittent Fasting.....

Assalammualaikum semua....

Hampir 2 tahun blog tak berupdate heheheh....bukan busy sangat pun tapi diet asik kelautan dalam...dilambung ombak tsunami tenggelam ke dasar lautan tidak timbul2...
Macam2 diet aku buat tapi tu la asik on and off je...bila rasa baju dah sempit...insaf ...diet..kang lupa diri melantak balik...then insaf balik...gitu je la pi mai pi mai tang tu gak....

Aku pernah dengar satu kaedah diet yang Lisa surihani amalkan iaitu IF...aku ada la baca sket info pasal ni...then awal mac ada la member aku sama blajar dulu dia claim dia lost almost 10 kg amalkan IF...aku ni susah nak percaya kaedah2 diet yg berkesan ni melainkan ada living proof...stat dari situ ler aku kumpul info pasal IF ni...aku pun join group IFM atas saranan kawanku ini...dalam tu macam2 info aku dapat....maka pada awal Apr 2019 setelah sebulan aku bersedia utk apply diet IF ni...


Seblom tu kena tau dulu apa itu IF. Kredit pada blog ini

Apa itu intermittent fasting? Ia adalah diet yang memerlukan kamu untuk berpuasa bagi satu tempoh masa yang panjang, sama ada 16, 20 atau 24 jam. Haa macam mana tu? Secara amnya, intermittent fasting tidak jauh bezanya dengan puasa biasa cuma ia lebih fleksibel di mana ia boleh dilakukan mengikut masa yang kamu mahu. Lebih menarik lagi intermittent fasting juga boleh dilakukan ketika kamu sedang tidur. Senang kan?
Intermittent Fasting
Dalam banyak-banyak diet yang pernah saya amalkan untuk kurangkan berat badan, saya setuju dengan Lisa Surihani bahawa intermittent fasting adalah cara paling berkesan bagi tampil lebih langsing. Untuk intermittent fasting ini ada beberapa kaedah yang boleh kamu pilih bersesuaian dengan kemampuan kamu. Ingat nak berdiet tu memang bagus tapi jangan pula sampai menyeksa diri sendiri.
Leangains: 16 jam puasa/8 jam berbuka – Ini kaedah paling biasa diamalkan oleh mereka yang menjalani intermittent fasting. Melalui kaedah ini kamu perlu berpuasa untuk tempoh 16 jam kemudian kamu bebas untuk makan apa sahaja yang kamu mahu dalam tempoh 8 jam seterusnya.
Bila saya kata bebas untuk makan apa sahaja bukanlah bermaksud kamu boleh makan segala jenis makanan berminyak dan tidak sihat, kamu kena sedar bahawa sikap bertanggungjawab dalam menjaga pengambilan makanan juga penting bagi menjamin keberhasilan intermittent fasting.
The Warrior Diet: 20 jam puasa/4 jam berbuka – Cara ini sama dengan kaedah Leangains, cuma durasi berpuasa yang lebih panjang atau senang kata lebih ekstrem, kamu hanya boleh makan untuk tempoh 4 jam berikutnya. Bunyi memang macam menyeksakan tapi percayalah kamu akan kagum dengan hasilnya yang boleh dilihat dalam masa singkat.
Eat Stop Eat: 24 jam puasa/1-2 kali seminggu – Kalau kamu rasa 20 jam tadi sudah cukup menyeksakan, sekarang cuba pula berpuasa untuk seharian. Lebih ngeri bukan? Tapi jangan risau kerana jika kamu memilih kaedah Eat Stop Eat ini, kamu hanya perlu lakukannya sekali atau dua kali dalam seminggu. Haa ingat jangan berpuasa sampai tidak berbuka pula, nanti lain pula jadinya.
Contohnya, sebagai seorang beginner kamu memilih kaedah Leangains dan kamu ingin mula berpuasa pada jam 8 malam, jadi kamu hanya boleh makan pada jam 11 pagi keesokan harinya. Jika kamu pula jenis yang tidak boleh terlepas sarapan, mulakan makan pada jam 8 pagi dan berhenti makan sebelum jam 4 petang. Bagi mengelakkan dehidrasi sepanjang tempoh berpuasa, kamu digalakkan untuk mengambil minuman tanpa gula. Malah kamu juga disarankan untuk minum 2-3 liter air kosong sehari bagi proses pembakaran kalori yang lebih efisien. Selamat mencuba!

So, dah faham sket kan pasal IF ni...means kena puasa macam puasa ramadhan tu tapi waktu mula puasa dan berbuka adalah mengikut kehendak kiter sendiri...yg bestnya waktu tido pun dikira berpuasa dan waktu puasa boleh minum air kosong/green tea/kopi 0 secukupnya ikut berat kiter...
Bayangkan kiter puasa ramadhan tu 14 jam kan...just tambah 2 jam je lagi utk cukupkan 16 jam...boleh minum air lak tu....set kan minda kiter jer...
 IF ni kena wat sekurang2 nya 12 jam...Buat permulaan aku puasa 12 jam dulu.......Aku taknak badan yang dah biasa makan sesuka ati ni terkejut...so aku stop makan 8 malam dan berbuka 8 pagi esoknya...Done...rasa mcm biasa je sebab aku still bf, lunch dan dinner mcm biasa cuma diawalkan....
Hari ke 2 aku stop makan pada kul 6ptg dan berbuka pada 8pg esoknya...Aku ni jenis xleh skip breakfast...kemurungan aku nanti...so aku tetapkan 8 pg adalah waktu berbuka aku setiap hari
Hari ke 3 aku stop makan pada kul 4...bf lunch mcm biasa...seblom 4 tu aku makan biskut je...Gitu la seminggu lamanya...masuk minggu ke 2 aku try stop makan masa lunch iaitu kul 2 ptg dan berbuka 8 pagi esoknya...dapat la IF selama 18 jam....dulu kemain mustahil aku rasa untuk laksanakan 'no food after seven'...skang ni aku dah boleh no food after two dengan mudahnya...best kan IF ni
Means aku wat IF 18:6...TAPI bila weekend atau balik kampung aku cheat/ skip IF...berat aku turun dan plateau...then naik sket plateau then turun...stress gak sebenarnya tapi kali ni aku xnak stop...so aku decide utk xnak cheat...cuma aku kurangkan IF kepada 12 jam...contoh last aku makan aritu kul 10 malam maka esoknya aku akan berbuka 10 pg...dapatla IF 12 jam
Sampai la bulan ramadhan...dari berat aku 83.6kg turun ke 81kg...walaupun dlm kg xnampak beza tp inchloss dapat rasa...baju nikah 12 tahun lalu seblom ni hanya boleh sarung tapi skang da boleh cantum butang...cuma xleh duduk la...tetas semua hahaha...target nak pakai baju tu dan boleh duduk bersimpuh macam akad nikah dulu....
Masa ramadhan baru2 ni aku stop IF sebabnya puasa ramadhan tu sendiri adalah IF...so aku last sahur 5.30am  berbuka 7.30pm dapat la 14 jam setiap ari..puasa ramadhan juga dikenali sbg dry fasting...puasa tanpa air...masa period je aku wat IF balik. Last makan kul 1.30pm berbuka masa sahur 4.30pg..dpt la IF 15 jam.....jadi masa berbuka aku xmakan la....sepanjang bulan ramadhan badan aku turun lagi hingga cecah 78.4kg... hepi sangat...
Tapi tu la lepas raya je berat badan plateau dan naik sket....almaklumlah jamuan merata tempat...aku masih buat IF asalkan jamuan tu bukan ari malam...kalo ari malam aku wat 12 jam je la...tp ada gak terbabas...last open house kul 10 malam, esok kul 8 pg aku dh bf...x sampai la 12 jam...
So bila berat naik dan plateau aku wat challenge...no sugar challenge...sebab aku fikir sebab berat x turun2 mungkin sebab gula...ye la dalam nasik pun dah ada gula... aku ni tak brapa makan sangat manis2...air manis...tp bila g open house aku makan la jugak...tak banyak sikit mesti makan...jadi bila ada guideline ni takder macam byk sgt aku makan benda terlarang ni...semua kt bawah ni InsyaAllah aku leh pantang cuma nescafe je aku tak leh...hampir 7 hari aku bertahan dan akhirnya tewas bila aku diserang sakit kepala ya amat...3 ke 4 ari sakit tak hilang...bila aku consume balik neslo Alhamdulillah ilang sakit kepala...So aku longgarkan sket syaratnya...So aku amik gak secawan neslo...bancuhan suku sudu teh nescafe+ 2 sudu besar milo... yang lain aku still pantang lagi


Sejak 12 Apr aku ada tubuhkan group whatsapp 'IF for Ladies'. Ahli2nya datang dari group FB IFM gak...Aku ler jadi group admin nyer...semua girls sajer dalam tu coz rasa lebih selesa..Almaklumlah kang nak selfie nak amik gambar nak cerita hal2 wanita xde la segan
Wat masa ni dah ada 32 orang ahli, dan dah ada yg lost lebih 10kg dalam masa hampir 3 bulan ni...Kami semua sama2 newbie dalam group tu...support each other untuk capai berat badan ideal...stakat ni dah ada 2 org ahli yg pregnant....
85kg Feb 2019

79 kg- Jul 2019

Abaikan kefelolesan wajah itu...apps semata2...cuma perhatikan kapasiti pipi dan ketumpulan dagu heheheh...
Aku bajet dapat berat badan ideal 55kg InsyaAllah by Jun 2020... Biar lambat asal dapat...
Nak ternak lemak pun amik masa bertahun2...nak kikis mesti la amik masa gak...istiqamah dan konsisten tu kuncinya...wish me luck....InsyaAllah

1 comment:

Anonymous said...

Nak ternak lemakk sekejap ��
Nak kikis lemak yang ambik masa lebih nyaa����������������