Smalam 11 April adalah hari last untuk pertandingan MBBI...Aku dah publish aku nyer no phone kat fb KMMK supaya setiap peserta boleh sms aku berat memasing...sms diterima seawal 9 pagi kalo tak silap dan panggilan telefon terakhir diterima jam 9 malam...pastu takder dah panggilan atau sms diterima...
Hanya 7 peserta sahaja yg update berat....dengan ini diumumkan pemenangnya adalah
NO PESERTA | NAMA | 1-Feb | 11-Apr | total lost | LWP |
37 | Adnin nadhirah | 80.9 | 67.1 | 13.8 | 17.06 |
32 | Shadia Darwisy | 62.5 | 53.5 | 9 | 14.4 |
9 | Krissia Phillip | 68.2 | 59.3 | 8.9 | 13.05 |
21 | Nazariah Jadon | 59.1 | 54.2 | 4.9 | 8.29 |
16 | HAZLINA DIN | 68.5 | 65.2 | 3.3 | 4.82 |
14 | Adora Endut | 54.8 | 52.6 | 2.2 | 4.01 |
12 | Nadiyah Abdul | 68.9 | 69.2 | gain 0.3 | 0 |
Pemenang dinilai berdasarkan LWP paling tinggi...
Formula LWP = [(Berat 11 Apr - Berat 1 Feb) / Berat 1 feb] x 100
Setiap 7 peserta ini dikehendaki menghantar gambar berat timbangan 11 Apr dan gambar full body sebagai bukti.....Hadiah akan diberi kepada 3 peserta teratas seperti yg dijanjikan dan hadiah saguhati akan diberikan kepada 4 peserta lagi kerana komitmen berjaya menamatkan contest ini...

Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua 41 peserta MBBI seandainya ada tersilap kata, tutur bicara, tingkah laku sepanjang sy menganjurkan contest ini...Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk tu adalah kerana kekurangan diri saya sendiri...Contest ini amat bermakna pada saya kerana tujuan asalnya untuk menurunkan berat badan bersama peserta semua tetapi sy terpaksa menyingkirkan diri sendiri kerana telah pregnant...Syukur Alhamdulillah...Walaupun tak dapat menyertai contest ini sehingga ke akhirnya, sy bersyukur kerana ada hikmah disebaliknya...Setahun lebih sy berusaha untuk mendapatkan adik bagi batrisyia tetapi blom ada rezeki dan mungkin kerana berat badan yg berlebihan membuatkan sy sukar mengandung...Apabila sy menyertai geng KMMK, sy berjaya meurunkan berat sehingga 10kg dalam masa beberapa bulan.....selepas itu berat sy turun naik sehingga lar 72.9kg...rupa2nya masa tuh dah ada isi...heh..patutlar liat sgt nak turun...walaupun kini dah berbadan dua sy masih lagi mengamalkan diet seimbang dan berkhasiat....
Kepada yg berjaya atau tak menurunkan berat badan...Jangan sesekali berputus asa...teruskan usaha anda hingga MENCAPAI BERAT BADAN IDEAL....Sekian...