Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts

Tuesday, March 16, 2010

Cara untuk kurus tanpa ubat-ubatan

• JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
ini tak asal nak diet jer mesti tak makan..pastu skali dapat makan...ha amik ngko macam dah setahun tak jumpa makanan...Slalu nya ni ler yg aku tak tahan bila nak berdiet nih...


• AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
nak amik apa yer..kopi aku tak suka....hempedu bumi kot...eee..yak...


• MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
ini takder masalah...aku mmg kuat minum air..stakat 1 liter air sehari mmg takder masalah...



• ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
oho...ini mmg dah diharamkan buat diriku..tp sesekali tu tersedut gak brg sesedut dua..esp gi mcD...

• KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
Caner yer nak kurangkan amik garam...asik makan kat luar jer..haruskah memesan makanan bg mee goreng dgn secubit garam...tak ker kena cubit aku dgn tukang amik order tuh...tak pun order makanan jgn bubuh garam...garam bawak sendiri dari rumah..leh bajet baper butir nak letak...


• AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
ini takder masalh..of course semestinya dan seharusnya bersarapan pagi..kalo tak makan pagi rasa tak lengkap hari tu kecuali time pose lar



• MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
caner yer nak makan slow2...lunch hour sejam jer...masa tu lar nak turun bawah beli makanan, time tu jugak lar nak makan then nak gi solat lagi...huh

• KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
ikut sunnah nabi kan senang...kunyah 44 kali...ni baru kunyah 2 kali terus telan...nak kena makan bubur nih..takyah kunyah terus telan jer..



• Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
tp kalo termakan kerap dgn kuantiti yg terbanyak...caner..????


• Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
mau satu tiub colgate 2 minggu dah abis..tp kalo chewing gum tu praktikal kot
• Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
nak kena masak sendiri nih...


• Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
toksah la bijirin2 nih..tak lalu tekak...next...


• Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
Ada dah buat diari ni..seminggu aku buat..sebulan lupa nak buat..nanti bila teringat buat lar balik...tp mmg berkesan..bila kiter nak makan tu kiter akan fikir balik jap gi nak kena catat nih apa yg aku makan...bila tgk senarai tu rasa cam tau jer naper lar berat badan tak turun2...


• Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
ya..ya..betul...kurus untuk sihat...


• Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
masak sayur camtu rasa cam tak sedap lar..so nak selamat wat sup jer..confirm minyak tak byk

• Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
kalo boleh nak makan dalam talam..leh isi byk2...hehehe...takder la..kalo pilih piring kecil jap gi tambah 5 kali sama gak kan...makanan ringan pun diharamkan keatasku...kalo teringin sgt nak makan jajan aku akan makan keropk yg jenis goreng2 tuh..ala yg tradisional tu..eh...bukan sama gak ker kalori dia


• Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
nak jalan kemana lak lepas makan..lepas makan jer terus naik kete balik umah..parking lak betul2 depan umah..pas ni nak parking kete kat lorong sebelah lar..jauh sket jalan


• Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
aku kalo nak shopping mmg kena makan dulu..selain dari penuh bertenaga, kiter juga takkan asik berselera jer membeli belah..tu sebab masa bulan pose...membeli belah kemain lagi meriahnya..perut lapar kan

• Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
sungguh ku tak mampu menahan rindu..ah ah ah


• Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
InsyaAllah boleh..aku cuma amik air manis secawan sahaja sehari


• Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,

kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.

Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama.

Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

nak kena beli basikal nih..naik basikal batrisyia jap gi roboh lak

info dgn tulisan kaler itam tu series bukan idea aku..ada org email kt aku...So leh nampak kan byk tul alasan terhadap tips2 tu..tp aku akan cuba demi untuk kesihatan dan kecergasan badan...

No comments: