Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts

Tuesday, August 8, 2017

Bagaimana nak turun berat badan by blogger sususejat

Turun Berat Badan?

Ramai yang tanya aku, macam mana aku boleh kurus sampai hilang 40Kg berat badan. Letih juga aku nak jawab satu demi persatu pertanyaan memandangkan jawapan yang akan aku lontarkan kepada mereka yang bertanya adalah hampir sama sahaja. Sempena tahun baru ini, biarlah aku cerita sikit strategi untuk hilang sekurang-kurangnya 1Kg dalam masa 1 minggu, so kalau korang nak hilang, let say 40Kg macam aku, maka boleh hilang dalam lebih kurang 40 minggu = 10 bulan sahaja.
Korang mesti pelik, kenapa sampai 40Kg je, then aku stop? Sebabnya mudah saja, iaitu kalau aku hilang 40Kg, maka aku akan mendapat BMI idle iaitu 24. As simple as that. So, korang kalau nak kurus tu, apa2 hal pun buat la kira2 dulu ok, jangan terlebih kurus sampai jd ‘keding’ plak. Terlebih dahulu, aku nak bagitahu la, aku share info ni bukan la sebab nak riak kata aku kurus ke apa, tapi aku rasa benda ni adalah ilmu, dan memang wajib ilmu itu disebarkan supaya ianya terus bercambah. Ok? Pendek cerita, berikut adalah tips yang aku amalkan semasa dalam tempoh 10 bulan aku kuruskan badan, tanpa pil diet, dan paling penting, tanpa JUS MATE 5 Dr. Rozmey atau Acai Berry :D


Langkah 1: Kira Berat Badan Sasaran, guna formula BMI
Kira BMI terkini korang, then kira plak berapa berat yang perlu korang buang. BMI Idle korang (BMI Idle ialah antara 18-25, Overweight 25-30, Obese 30>). Contoh pengiraan:
Berat terkini 140Kg, Tinggi pula 1.5m (memang clearly obese la kan).
Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2
= 140Kg / (1.5m)^2
= 62.2 Kg/m^2
Sememangnya super duper obese la bmi 62.2 ni, nak turun pulak sampai sekurang-kurangnya dapat bmi 25, so berapa ek nak buang? Sebab kita ni kadang-kadang dah tak bleh nak tinggi lagi bila melepasi umur 20 tahun, maka kita kena jugak adjust weight kita ni. Kira expected weight (berat target) dulu la jawabnya.
Berat target (kg) = BMI target X (Tinggi dalam meter)^2
= 25 X (1.5m)^2
= 56.3 Kg ~ 56Kg.
Berat perlu dibuang = Berat terkini – Berat target
= 140 – 56
= 84 Kg.
Mesti korang kata, gila ke apa ko ejoy, nak buang sampai 84Kg. Di sini, biar aku jelaskan, itu bukan perkara mustahil. Nak buang 84Kg, maksudnya kena makan masa 84 minggu, lebih kurang setahun setengah juga la, tapi itu bukan suatu masalah. Yang penting disiplin dengan program, that’s the key of success. Kalau rasa 84Kg tu terlalu banyak, boleh je kita nak buat sub-goal dulu, seperti nak turunkan berat sebanyak 20Kg dulu, then bila dh lepas tu, naikkan sket untuk turun 30Kg plak. Sikit2 lama2 jd bukit, betol tak?

Aku nak kena kurangkan 27kg....means dalam masa 27 minggu  (hampir 7 bulan)

Langkah 2: Senaman
Secara jujur, korang tak perlu nak senaman sebenarnya kalau nak turunkan berat badan, dengan syarat korang ambil dalam 1000Kcal je makanan dalam sehari untuk turunkan seurang-kurangnya 1Kg/seminggu. 1000Kcal je sehari? Memang gila sebab itu sangat merbahaya untuk kesihatan, silap haribulan, boleh dapat sakit berkaitan gastro usus atau lebih popular dipanggil gastrik. Jadi, kena makan banyak la jugak ye En ejoy? Yup. Kena makan, tapi dengan cara yang betul, seperti yang aku akan cerita nanti. Jadi kalau dah makan kena banyak, macam mana nak turun berat? Senaman la jawabnya. secara umum, ada 2 jenis senaman yang korang mungkin tahu, iaitu Cardio orientated dan Strength orientated. Apa kemenda 2 benda tu? Cardio ni ialah bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh2 tertentu, manakala Strength pulak adalah bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki kekuatan otot. Contoh senaman Cardio ni ialah Jogging, briesk-walking, skipping, berenang, bermain futsal, etc. Manakala contoh senaman strength ialah weight lifting, push-up, etc.
Umumnya, aku hanya bersenam 4-5 hari seminggu sahaja, di waktu pagi, dengan jadual yang berikut, tapi korang tak semestinya nak ikut jadual ni, terpulang kepada individu dan kelapangan la:
Isnin: Jogging (30 minit non-stop, burn about 300Kcal-400Kcal)
Selasa: Bermain dengan Dumbell (1 Jam).
Rabu: REHAT
Khamis: Jogging (30 minit)
Jumaat: Bermain dengan Dumbell (1 Jam)
Sabtu: Jogging (30 minit)
Ahad: REHAT
Korang mesti perasan, kenapa aku lebihkan ‘jogging’ daripada ‘bermain dumbell/weight training’, ini tidak adil!! (dialog cerita 3 abdul). Jawapan aku mudah saja. Ini kerana antara 2 jenis senaman aku sebut tadi, senaman cardio lah yang paling berkesan untuk BAKAR lemak. Yup, anda tak salah dengar. Tapi, kenapa ya? Ini kerana senaman cardio ni banyak guna tenaga dan paling penting, ia mudah dilakukan. Ada sesiapa disini yang tidak tahu berlari? Berjalan? Memang mudah kan? Dan tips yang paling mudah, ini aku belajar dari Kevin Zahri la, seelok-eloknya buat cardio ni bila perut kita tak berisi makanan sekurang-kurangnya 4-8jam. Sebabnya mudah saja, sebab pada ketika inilah glucogen level dalam badan kita sangat rendah sehinggakan dalam 15 minit jogging saja, ianya akan habis, dan pada ketika ni lah badan kita akan cari sumber tenaga alternatif: BODY FAT aka LEMAK. Sebab itulah seeloknya jogging sebelah awal pagi (lepas bangun tido) sebab waktu tu perut kita kosong lagi, kalau tak boleh gak (faktor busy), boleh gak jogging waktu2 lain, tapi pastikan perut kosong dengan carbohydrate sekurang-kurangnya 4-8 jam la, dan tempoh jogging tu pulak hendaklah melebihi 20 minit, sure korang burn fat. Tapi jangan lupa minum air kosong pulak ye, kang korang dehydrasi pulak.

 Plan aku
isnin- cardio workout 30 min
selasa zumba 30 min
rabu threadmill 30 min
khamis kelas zumba & tabata 1 jam
jumaat cardio workout 30 min
sabtu pg zumba 30 min
sabtu ptg threadmill 30 min
ahad  rest

Langkah 3: Diet
Ramai orang salah anggap maksud diet ni. Sebut je diet, mesti ingat maksudnya nak kurus. Tak, itu definasi salah. Sedangkan Diet ni maksudnya cara korang makan. Even makan burger hari2 pun dikira diet gak, tapi diet tak sihat la. Dan bila sebut pasal diet, pasti tak lari dengan istilah kalori (Kcal). Kalori ni ialah suatu unit tenaga. Korang beli apa2 produk makanan, pasti ada label makanan yang tulis jumlah kalori, protein, carbs, fat, sodium, etc. Even ramai juga antara kita mesti tak tahu, yang setiap orang mempunyai had kalori yang berbeza, bergantung pada berat badan masing2 (ada cara/formula untuk kira dia, tapi aku tak nak tulis disini sebab tak mahu kepala korang pening nanti). Kalau korang rajin nak kira kalori gak macam aku, aku rekemen masuk website kevin zahri ni menerusi link ni.
Tapi kalau korang rasa malas nak kira, ikut tips aku yang amat mudah ni (berdasarkan pengalaman aku la, dah nama aku buat hari2).
1. Makan 5 kali sehari: Breakfast, Lunch, Tea-break, Dinner, Supper (minum segelas susu sahaja). And Never skip your meals. NEVER.
2. Breakfast: makan roti, esok makan oat, lusa makan nasi lemak (setengah pinggan). Lepas tu aku akan ulang menu yang sama, so siapa cakap nak kurus kena elak makan nasi lemak? Minum pulak aku minum samada susu lembu, milo atau teh, tapi hanya guna satu teh gula saja dalam setiap gelas. Selalunya aku tak taruh gula langsung la.
3. Lunch dan Dinner: aku makan segenggam nasi/setengah pinggan saja dalam setiap hidangan, ¼ pinggan untuk sumber protein (ikan, ayam, etc), ¼ lagi untuk sayuran. Elakkan ambil kuah dari lauk2 tersebut sebab berminyak. Untuk permulaan, cuba hadkan kuah tu dengan 1 sudu saja, bila dah lama2 tu, kalau dah biasa tu tak payah bubuh kuah terus. Lagi satu, jangan makan kulit ayam, dan kurangkan makan daging sebab daging lembu banyak saturated fat. Dada ayam dan makanan laut adalah pilihan protein yang terbaik
4. Cravings? Makan keropok, cekedis, coklat, aiskrim dihadkan hanya untuk hujung minggu saja, tapi ingat, jangan berlebih2. Memang nikmat la dapat makan waktu tu, sebab dapat makan seminggu sekali je kan, memang nikmat dia 1000X daripada kalau kita makan benda2 tu hari2. Maksure juga tengok jumlah kalorie dalam makanan tu kat label “maklumat pemakanan”. Secara tak langsung, korang akan ‘berjaga-jaga’ dengan jumlah cekedis yang korang nak makan.
5. Tingkatkan metabolism = burn calorie dengan efisyen = turun berat dengan cepat!! Tapi macam mana nak tingkatkan metabolism? Makan banyak sayuran dan buah-buahan (Vitamin B, Taurina), dan sekali sekala minum juga teh dan kopi, sebab caffeine juga mampu tingkatkan metabolism.
6. Elakkan minum benda-benda manis. Macam dalam kes aku, aku kadang2 tak ambil gula terus dalam seminggu, sebab aku tahu aku boleh dapat glucose dan carbohydrate dari sumber lain (buah, sayur, nasi, roti). Banyakkan minum air kosong, about 8 glasses per day.
Itulah sahaja tips2 yang aku amalkan. Semoga korang juga akan mencapai maklamat untuk turun berat badan. Tapi ingat, jangan terlalu ekstrem ok? Kalau korang rasa tiada perubahan tu, korang cubalah muhasabah diri, tanya diri sendiri kenapa tak turun. Sebab setahu aku, nak turun berat ni tak susah asalkan kita sabar, dan terus berikan 200% komitmen dengan tips2 tadi. Jangan lupa juga, rekod berat badan korang setiap minggu, and keep track on it ok? Good Luck, and Happy New Year 2010.

utk menu makan aku akan
-elak makanan manis, berminyak berlemak 
-bykkan buah dan sayuran
-green tea kopi kosong air kosong 3 liter 

kredit to blog susu sejat

Sunday, August 6, 2017

18 days TBL

Aku dah tensen naik timbang....sebab berat tak turun-turun
xtau mana silapnya...makan dah kontrol...bersenam tiap ari tapi bila weekend....huru hara diet...sebabnya makan tak ikut masa....

kalo dalam entry seblom ni aku kena makan dalam anggaran 1800kcal setiap ari utk stabilkan aku nyer metabolisme...bila aku kira kalori makanan aku just makan dalam 1172 kcal setiap ari....tu pun rasa berdosa dah....tp tu la aku ni bukan boleh bg can sket badan makan byk...mesti naik punya...serba salah dibuatnya.....bistu caner nak buat....

Aku kena tukar
1. kaedah diet
2. menu makanan
3. cara masak


Korang boleh google je bape anggaran kandungan kalori dalam makanan....salah satu blog yg aku refer adalah blog kalori makanan....selesa tgk kat sini sebab siap ada gambar yg besar hehehe....

cth makanan aku seharian

bf 6.00 am
2 keping roti 140kcal
neslo 50 kcal

snack 10 am
green tea 0
buah lai 70 kcal

Lunch 1 pm
nasi putih 1 senduk  150 kcal
lauk ayam  300 kcal
sayur 100 kcal

snack 4pm
kekacang 12 biji 90 kcal

dinner 8 pm
telor 72 kcal
cheese 60 kcal
roti 140 kcal

total 1172

kan tak cukup.....adeh....kang makan lebih lg banyak plak naik kg.....

ni menu masak sendiri ari sabtu lepas....sup sayur telor hancur kicap dan sambal bilis goreng...nasik herba poni tajmahal,,,total 400 kcal

ni plak malam td....huhuhu....rasa berdosa tul....makan lauk je...tp fail bab sos sebab manis...pastu terminum air manis sket....dessert dgn nasik aku x amik....
kat umah ada 2 menatang ni...br je aku lap habuk...nampak sgt dah lama x guna....aku lebih suka zumba dari naik benda ni...sebab boring...xde hiburan heheheh...rasa cam terpaksa je melangkah....jadi aku selang selikan dgn zumba....

ni 20 min berjalan speed 4....jalan 1 km je...kalori yg terbakar 65 jer huhuhu


So lepasni aku nak wat method baru lak

1. kaedah diet- ala atkins tapi amik sesenduk nasi masa lunch
2. menu makanan- kena pelbagaikan dan bg cukup 1800kcal sehari
3. cara masak- kukus grill panggang sup stim....kurangkan minyak dan goreng


tu je kot buat masa ni.....masih ada 4 ari lagi nak timbang utk minggu ke 3...harap2 ada penurunan....


Friday, August 4, 2017

Cara meningkatkan kadar metabolisme

 Rajin plak aku blogging arini heheheh.... ni aku google cara2 nak tingkatkan metabolisme....artikel ini dipetik dari blog kevin zahri.... leh la visit sana...banyak tip2 menarik untuk dibaca dan amalkan.

Yang kaler merah tu adalah catatan aku sendiri...tu bukan kevin nyer tips ya

 10 Tip Cepatkan metabolisme Badan

  1. Minum Air Secukupnya. Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum. Aku memang amalkan....2 liter kt opis 1 liter kat umah
  2. Jangan lupa suplemen kalsium. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil. Setiap ari aku akan minum 2 gelas susu low fat
  3. Makan!Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih. kat opis aku akan amik 1 pek wheat cracker...10 pg dan 4pm
  4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari. tido kalo esok ari keje 11pm- 6pg (7 jam) kalo esok cuti 12pm- 6.30 pg (6.5 jam)
  5. Jangan Stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi. yg ni aku tak pernah buat lagi...stress tu mmg selalu la...tau2 dh ilang stress....biasanya aku tdo je kalo stress
  6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar.
  7. Lakukan senaman menggunakan pemberat. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
    kalo kat opis aku akan gi cafe yang memang akan kena matahari la...tapi kejap ada la dalam seminit...cafe pun xsampai 100 meter dari opis
  8. Lakukan senaman menggunakan pemberat (weight training). Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
  9. pemberat ada iaitu  dumble 2kg tp dah brapa bulan jadi tukun tiruan....ptg nanti nak kena keluarkan blk ni
  10. C untuk cergas. Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut. aku mmg x amik apa2 supplement lagi
  11. Pedas! Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya. patut la payah nak kurus...aku tak tahan pedas....adeh...padehal org nogori hahahah
  12. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau
    dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya. yg ni mmg aku minum tapi 1 mug je setiap hari

BMR BMI dan DCR

Idea asal dipetik dari blog ini

kalori adalah unit mengukur tanaga. Kalo nak kurus kalori yang keluar mesti lagi banyak dari kalori yang masuk.

1. Keperluan kalori berbeza ikut jantina

Lelaki 2000-2500 Kcal sehari
Perempuan 1600-2000 Kcal sehari
- tu sebab lelaki makan banyak pun takper huhuhu.....cer tengok kat cafe2...perhatikan pinggan org lelaki dgn pinggan pompuan...lelaki relax je amik nasik banyak menimbun...tapi tak gemok pun....tak yah gi jauh la tengok aku ngan hb....ada masa kami sama2 diet...menu dan workout lebih kurang sama....lepas sebulan dia yg nampak susut...aku camtu gak adeh....

ni suami ku...sebulan puasa kurus....aku????

2. Utk kawal berat badan kiter kena tau baper kiter nyer BMI....tahap mana ketenatan berat badan kiter tu...BMI adalah Body Mass Index

Ni skala BMI
<18 .5="" p="" underweight="">18.5< 25 healthy weight
25-<30 over="" p="">30-<35 1="" kelas="" obes="" p="">35-<40 2="" kelas="" obes="" p="">>40 obes kelas 3

Formula BMI
berat (kg) bahagi (tinggi dlm meter x tinggi dalam meter)

Cth berat aku 82.4kg tinggi 1.52m

BMI = 82.4 / (1.52 x 1.52)
BMI = 82.4/ 2.3104
BMI = 35.66
so aku dalam kategori obes kelas 2

nak dapat berat sihat aku kena kurangkan lagi berat badan
cara nak kira

BMI healthy x tinggi (m) x tinggi (m)
25 x 1.52 x 1.52  = 57.7kg

bape kg nak kena buang 82.4- 57.7kg = 24.7kg

banyak kan huhuhu.....


3. then kena kira kiter nyer BMR (basal metaabolic rate) BMR adalah jumlah kalori yg tubuh kiter pelrukan berdasarkan berat, tinggi dan umur (tanpa aktiviti fizikal)

Formula BMR ikut jantina

lelaki 66 + (13.7 x berat dlm kg) + (5 x tinggi dlm cm)- (6.8 x umur)
perempuan  655 + (9.6 x berat dlm kg) +(1.8 x tinggi dlm cm)- (4.7 x umur)

cth aku pompuan ofcoz
berat 82.4 kg
tinggi 152 cm
umur 36 tahun

BMR = 655 + (9.6 x 82.4 ) + (1.8 x 152 ) - (4.7 x 36)
BMR = 655 + 791.04 + 273.6 - 169.2
BMR = 1888.84


4. pastu dapatkan DCR (daily calorie requirement)
DCR adalah nilai kalori yg diri anda perlukan apabila ada buat aktiviti fizikal

1.2 untuk Individu kurang bersenam/tidak bersenam
1.375 utk yg bersenam 1-3 kali seminggu
1.725 utk yg bersenam 6-7 kali seminggu
1.9 utk yg aktif giler

Aku amik yg 1.375 sebab sejak 2 minggu ni aku boleh kata bersenam setiap hari (30 MIN /SESI)
So bacaan BCR aku adalah

DCR = BMR x 1.375
DCR = 1888.84 X 1.375
DCR = 2597.16

jadi conclusionnya, berdasarkan umur, berat tinggi dan aktiviti harianku, aku PERLUKAN 2597.16 kalori setiap hari


jadi untuk kurangkan berat badan aku kena amik kalori xleh lebih  DCR (2597.16) tetapi tak boleh kurang dari BMR (1888.84)
Sebab kalo kurang dari BMR, metabolisme akan jatuh merudum dan berat akan naik mendadak....
Bila metabolisme jatuh, kiter akan rasa letih, lesu dan tak bertenaga.... sebaiknya utk kurangkan berat kena amik 500kcal kurang dari nilai DCR....dan kalo nak naik lebih 500kcal dari DCR See...tu sebab ada kala kiter diet kurang makan mcm nak mampos tapi berat naik menggila....baik xyah diet

macam aku kena amik tak lebih dari 2000kcal sehari utk kurus tapi xleh kurang dari 1800kcal

Tips dan formula utk control jumlah kalori dalam badan

1. kalo aritu kiter termakan banyak, workout la atleast 30 min utk bakar balik lebihan kalori tu....kira macam denda la...dah ko makan x hengat donia....

2. jangan skip makan...mesti makan walaupun sikit mengikut pirmaid makanan seimbang sebab bila skip makan, akan ganggu proses metabolisme tubuh kiter

3. perlu paham yg kiter nak turunkan berat badan dgn membina otot dan membakar lebihan kalori

4. Selain workout dan melakukan aktiviti fizikal, nutrisi seimbang adalah penting dalam misi mencapai berat badan ideal...kalo ko bersenam 2 jam sehari pun tapi lepas tu ko melantak roti canai teh tarik mee goreng mamak kek 2 slice tak jadi apa gak....jadi seimbangkan...makan jaga...senaman puin buat....
Ni tak dapat 1 konsep diet...tu je la dok hadap sampai putus asa....jaga makan tapi tak exercise...exercis bagai nak rak tapi makan maam bela saka....Aku la tu

kalo boleh kiter nak berdiet dengan ceria...tak nak stress2....baru la diet sihat namanya....gi la makan kat mana pun sentiasa jaga portion dan apa makanan yg kiter makan...kira macam berpantang sket la....mcm pesakit jantung takleh makan masin, pesakit diabetis xleh makan manis, macam kiter ni kira pesakit gak la....penyakit carik sendiri namanya....kalo kiter tak berubah sekarang bila lagi...takkan nak sakit baru nak berubah kan.....

Cabaran-cabaran yg dihadapi sepanjang tempoh berdiet

1. godaan makanan2 tidak sihat
- sentiasa pastikan kiter tidak tergoda dengan makanan2 tak sihat ni esp junk food, manis dan berlemak. cukup2 la apa yg kiter sumbat dalam badan selama ni....jgn lar biarkan badan kiter menderita lagi

2. masa utk workout
-pasti akan kekangan masa bila nak bersenam....esp masa hari cuti, petang malam....jgn cipta alasan...sentiasa pastikan dalam satu hari badan kiter berpeluh secukupnya...macam aku , aku jadikan rutin harian...setiap hari akan spend masa 30 min utk keluarkan peluh....cari masa yg sesuai....waktu balik keje, pagi dan petang hari cuti...jgn malas...cari partner...30 min sekejap je...kalo tgk citer hindustan lagi lama....ni kira spend masa utk diri kiter sendiri.....

3. pandangan negatif org sekeliling
-pernah tak rasa macam di sabotaj oleh org lain bila kiter mula nak diet....ayat2 sentap sepert

' ala diet pun tak kurus2 gak'
'makin berisi aku tgk...kata diet'
'tak makan ke....??? takkan diet kot'
' jom la makan, ala stakat sepinggan nasik tak gemoknya'

dan macam2 lagi la kata2 sinis perli sindir
1st skali senyum....just ignore abaikan....jgn simpan langsung dalam fikiran dan ati...anggap je tu suara2 langau mengerumun taik...persetankan...hahahahaha

Buktikan yg kata2 mereka tak benar....kena ingt yg kiter gemok buka sehari tiba2 eh dah gemok....makan taun kan...jadi nak kurus pun camtu gak....takkan 2 ari jaga makan bersenam dh turun 10kg....jadi teruskan jaga makan dan workout....lama2 bila tgk kesungguhan kiter org akan diam...apetah lagi kalo nampak ada perubahan....

4. berat tak turun
- tension kan...aku pun tension....kalo kiter konsisten jaga makan dan workout, jgn sedih kalo bila naik timbang berat tak turun....mungkin kg tak turun tp inch turun...kalo tak caya lepas 2 minggu cuba pakai baju yg selama ni kiter pakai muat2...mesti dah sedang elok....kalo bj selama ni kiter pakai sedang elok mesti dah longgar.... kalo slama ni longgar mesti dah gedobos....
kalo anda skang pakai saiz XXL, gi kedai beli baju saiz S atau M....sangkut baju tu jadikan inspirasi...sematkan dalam hati "InsyaAllah suatu ari nanti aku akan muat pakai baju ni".GO GO CHAIYOK

Jadi jangan putus asa....teruskan usaha....kena ingt nak gemok makan masa bertahun takkan nak kurus dalam sekelip mata.....enjoy your life, enjoy your healthy meal and enjoy your daily workout


pic smalam 15 hari TBL





Individu yg kurang senaman/tak bersenam lansung/duduk buat kerja pejabat sahaja = 1.2 Individu yg aktif sikit-sikit/senaman 1-3 kali seminggu = 1.375 Individu yg aktif /senaman 3-5 kali seminggu = 1.55 Individu yg sangat aktif/senaman 6-7 kali seminggu = 1.725 Individu yg terlampau dan teramat aktif/kerja dan senaman berat setiap hari/senaman 2 kali sehari = 1.9

Read More at nusaybahanuwar.com/ilmu-kurus-1m-jom-kira-bmi-bmr-dan-dcr/ © Life is a Story
Apa itu Kalori ? Kalori ialah unit untuk mengukur tenaga. Tubuh kita memerlukan kalori untuk menghasilkan tenaga yang sangat penting untuk rutin seharian. Untuk kurus atau menurunkan berat badan, kalori yang masuk MESTI lebih rendah daripada kalori yang keluar. Jika kita terlebih makan atau makan terlalu banyak melebihi keperluan tubuh, ianya tidak akan dibakar, seterusnya bertukar menjadi lemak yang tersimpan di dalam badan. Akibatnya, berat badan akan bertambah dan sekiranya tidak dikawal ia akan membahayakan kesihatan kita pula.

Read More at nusaybahanuwar.com/ilmu-kurus-1m-jom-kira-bmi-bmr-dan-dcr/ © Life is a Story

Thursday, August 3, 2017

15 days TBL- kelas pemakanan diet seimbang

Arini ari ke 15 TBL....kejap je dah 2 minggu....kelas diet ni wajib hadir dimana kehadiran direkodkan....

ni penceramah nya...En. Firdaus...Dulu dia obes gak berat hampir 150kg....dalam masa 11 bulan  dia kurang lebih 60kg dgn berjalan joging dan diet sahaja 9 tahun lalu....dan dia boleh menten sampai skang...siap jadi fitness trainer lagi....





 Ni diantara yang dikongsikan dalam kelas tadi....dia terangkan apa itu protein, carb, fat dan fungsi nya masing2....mcm rajah kat atas ni utk turun berat nutrien kena seimbang

1. kena ada dalam diet harian kiter 40% carb, 30% protein & 30% fat
2. kena ada exercise atleast 150min seminggu
3. Air 8 gelas sehari (3 liter)
4. kena naikkan pengambilan omega 3 yg ada dalam
5.rehat dan tido kena culup atleast 7 ke 8 jam sehari
6. kena ambil serat utk memudahkan pembuangan 


protein kena amik setiap ari dalam setiap hidangan. kalo macam pagi mungkin ada protein dari telor...tghr should be tak de masalah la...sebab normally kiter amik lauk macam ikan ayam yg ada protein...tp masa snack time jarang ada org nak makan protein semata...slalunya buah atau desert yg mana xde protein.....

lemak pun ada baik, tak baik dan jahat....
lemak baik drpd  avocado, salmon, almond....lemak x baik drpd cheese, daging dan lemak jahat dari fast food dan mknan manis

ni contoh plate utk lunch atau dinner....

1/2 sayur + buah, 1/4 nasi  dan 1/4 lagi lauk.....sebaiknya makan hidangan macam ni sekali atau 2 kali je....biar makan sikit tapi kerap dari makan sekali banyak....



ni perbezaan antara weight dan fat loss yg mana fat loss adalah lebih baik dari weight loss....
Adalah penting berat yg turun itu melalui penurunan berat lemak dan bukannya berat otot.....
contoh2 exercise yang boleh dilakukan....
 En. Firdaus minta kami kira sendiri BMI BMR dan kalori intake sepatutnya utk kuruskan badan....next entry aku share kiraan aku sendiri berdasarkan apa yang  aku google

Petang smalam lepas kelas diet ada larian kat blakang opis ni....aku tak join sebab panas...huhuhu...aku ni kan ala2 putri lilin gitu....xleh kena panas....cair nanti....lagipun aku mudah sunburn....nak ilang amik masa beberapa bulan gak....lepas asar dan punch card aku terus turun dewan utk kelas zumba bersama ZIN Sandara Tim...Aku pum dah follow dia kat FB jadi senang la nak tau apa ada kelas ke tak....

kelas setiap rabu di Presint 10

ha yg ni kelas yg aku gi...sebab bawah opis je kan...tiap ari khamis
So smalam kami buat zumba + tabata selama sejam.....peluh toksah cerita.....aku ni mudah berpeluh....dok dalam bilik yang takder kipas kejap je dah berpeluh....tapi ta k gak kurus kurus huhuhu

Ni kali ke 3 aku join kelas ni....masa 1st time dtg aku rasa berapa kerat je datang....mungkin sebab kesedaran pada peserta TBL selepas timbang maka last week dgn smalam boleh tahan ramainya....best nya kelas ni instructor perempuan dan peserta pun perempuan...Anjuran puspanita kan harusla gigirl semuanya...jadi kiter nak terbungkang tertonggeng tergedik memang tak segan la....

credit pic : fb ZIN santra tim

cer cari mana aku heheheh
Aku pun ada like fb zumba kaki putrajaya.....jadi ni zumba yg ada disuria mall weekend ni...plan nak gi tapi tgk keadaan dulu macamana...Almaklumlah weekend ni hari bersama keluarga....kang aku pg petang sibuk berzumba je kang terabai lak anak dan suami....alasan hahaah



Sunday, July 30, 2017

Diet bila balik kampung.....



Adalah perkara yg sangat sukar untuk dilakukan..Mujur aku blk kg sebulan skali....Kalo tiap minggu memang kelautan dalam laut cina selatan la diet ku....Adeh...

Bila balik kg mak akan masak sedap....tu yg pertama....ati mak nak kena jaga...aku takleh nak bagi alasan diet utk tidak makan masakan mak....Jadi diet kutingggalkan di pintu pagar seblom masuk ke kawasan umah mak heheheh....

Dah jadi kelaziman tiap minggu gaji aku akan balik kg jengok mak dan abah sambil menghulurkan apa yg patut....makan tengahari takder masalah...sebab kat sini pun mmg aku makan tengahari macam biasa...cuma portion dikurangkan...jadi masalah adalah makan malam dan breakfast....

malam sabtu mak masak ikan goreng berlada dan sayur kobis....masakan yang biasa tapi bila makan dengan mak aku jadi lupa diet.....Jadi utk elakkan lupa diri, aku suapkan irfan makan dulu....suap irfan nasik dan lauk, aku makan lauk jer....tapi tu la....irfan ni bila jumpa sepupu dia...sibuk main...mula la ngelat makan...dah kenyang la...perut sakit la...macam2 alasan....

jadi aku sambung makan...xde la mak nampak mcm aku ni tak makan banyak....sambil makan sambil borak tau2 eh dah abis nasik....JANGAN tambah nasik lagi...lauk takpe....tu makan malam....

Slalunya breakfast pagi ahad aku yg akan masak....sebab mak siap2 nak gi berniaga di pekan ahad....biasanya aku akan masak mee goreng bihun goreng atau kue teow goreng....tapi sebab aku diet maka satu family makan sandwich club

Bahan2
roti
sardin
mayo
salad
hirisan tomato
planta
Image result for sandwich club
pic from google
Aku makan 2 set je...hehehe...tu pun dah kenyang Alhamdulillah. Workout memang tak sempat langsung...ye la aku sampai kg pun dah petang....gi giant beli barang dapur...blk je dah malam...pagi esok kemas2 umah pack brg blk dah nak blk dah....

Alasan hahaha....tp serius memang tak sempat.....smalam balik dr kampung iron baju keje lepak2 jap sidai baju lipat baju simpan baju tau2 eh...dah senja...huhuhu....jadi lebur la 2 ari workout.....adeh

InsyaAllah arini sambung balik....
Jumaat lepas aku sarungkan balik baju sauna yg aku beli dari member 3 thn lepas rasanya....


Image result for sauna suit
pic dari google gak



Slama 3 tahun beli ni ada la beberapa kali aku pakai....yg akhirnya jadi tukun dalam almari....jumaat aritu aku pakai balik sambil cardio workout....peluh toksah cerita....berjurai jurai
dah abis workout 30 min aku duduk la minum air....sambil nak tunggu badan sejuk....baju aku x tanggal lagi...tp sambil nak tunggu sejuk peluh still keluar lagi.....bila bukak sauna suit ni, berderai peluh jatuh...aku rasa kalo dikumpul ada secawan...hahahah....lemak mencair....

jadi skang ni aku usaha kuruskan badan dari pelbagai method

1. Control makan
2. workout setiap hari
3. minum green tea
4. sauna suit
5. losyen mustajab (yg ni aku x stat lg)
6. minum air 3 liter sehari semalam


InsyaAllah ......27kg to loose















Friday, July 28, 2017

Berat permulaan contest TBL

Arini 28 Jul kena gi timbang yg official nya...baru la bermula pertandingan ini...utk menang aku kena kurangkan sebanyak KG yg mungkin...kalo aku dapat kurangkan 27kg rasanya boleh menang kot hahahah....5K tu saper nak bagi free kan....dah la kurus dapat duit lak...memang syukur sangat2

tapi kalo tak dapat hadiah utama pun tapi dpt badan yg selim kira ok gak la kan....Aku rasa sejak aku wujudkan blog ni...ni la pertama kali yg aku mcm yakin aku boleh mencapai berat badan ideal....

Sebabnya aku komited dan ada pendorong...jaga makan, workout tiap ari , support dr husband dan yg penting skali ada reward.....lenmacam dia nyer semangat tu....

Petang smalam ada latihan di gym..latihan kt gym ni akan di buat setiap minggu selama sejam lebih khas utk program ni jer...smalam sempat la aku naik threadmill  20 min...beskal 5 min, en razif ajar wat senaman utk kempiskan perut dan beberapa percubaan menggunakan mesin2 pelik kat gym...Almaklumlah mencemar duli...mula2 segan gak kot2 ramai lelaki...skali xde pun org lelaki melainkan abg2 yg jaga gym dan en razif (urusetia TBL)...pompuan je penuh...kebanyakannya mmg mcm aku gak....1st time ...jadi tak der la segan...berjemaah la kiter tercangak2 mana nak tekan mana nak angkat.....
nampak sgt bergamabar jer hahaah.... bukan naik pun

gym agak luas....smalam pun nak dekat 30 org guna gym ni....memang meriah la

Lepas office hour ada zumba plak...ni kali ke 2 aku join....memang best....seronok sangat...peluh toksah cerita la...sampai basah la inner tudung aku...leh imagine tak hahaah....ada wat zumba dan tabata....tabata tu aku mcm serik sket la....badan berat....adeh...

Pagi ni lepas breakfast aku gi timbang...ni yang official nyer...padehal kt umah tadi dah timbang dh....

ni timbang kt umah tadi

Naik scale yg kat opis ni tetiba berat jadi 82.2kg.....wow...takkan sejam turun 1.1kg...hahaha...siap makan tu....

jadi secara rasminya berat permulaan adalah 82.2kg.....jadi aku target nak turunkan atleast 2.5kg seminggu...nest weight in adalah pada 23 ogos...lebih kurang 3 minggu dari skang...harap2 berat aku masa tu 72 kg hahahah.....seram rasa tetiba



Wednesday, July 26, 2017

1st weight in

1st timbangan khamis lepas 20 Jul 2017 84.7kg
2nd timbangan pagi ni 27 jul 2017 83.3kg

Alhamdulillah lost 1.4kg
Walaupun xcapai target nak turun berat 2.5kg seminggu tapi memadai la dgn usaha yg aku lakukan...Lagipun tgh period skang jadi berat tak brapa konsisten...

Kalo menten lost 1.4kg seminggu
sebulan boleh turun 5.6 kg
3 bulan 16.8 kg
menjadikan berat aku boleh turun ke 67.9kg
wow...tu berat masa bercinta 11 tahun lepas tu hahahah

Asalnya penganjur TBL nak buat aktiviti kecergasan setiap minggu hari khamis...tapi sebab ada beberapa isu berbangkit maka aktiviti mingguan terpaksa dibatalkan...dalam 3 bulan ni ada 3 aktiviti kecergasan dan 2 sesi kursus pemakanan yg wajib dihadiri....

So aku decide utk join kelas zumba puspanita di MOF ni.....hari lain aku zumba kat rumah je....
petang smalam aku sempat wat cardio workout kat rumah 30 min...mungkin minggu ke 2 ni aku kena usaha lebih sket utk turun kg lebih byk....mungkin aku akan kembali berthreadmill sambil memakai baju sauna ....

harap2 lepas ni aku x perlu lagi menyorok kat blakang org bila nak bergambar....heheheh

p/s cari yg mana satu adalah aku....



hari ke 7 TBL.....

Rasa macam nak update hari2 jer tapi tu la...keje rumah dan opis tidak mengizinkan....ok...arini rabu 26 jul dah masuk hari ke 7 TBL....so far ok...aku masih tak timbang lagi...rasa macam tak turun berat tapi badan dah rasa macam sedap sket....

workout masih lagi konsisten atleast 30 min sehari except smalam....smalam kan hari gaji...jadi takleh nak workout...sebab gi shoping barang dapur dan barang rumah.....walaupun tak workout tawaf keliling mall pun dah kira exercise cuma tak keluar peluh la....

berkenaan workout aku...aku buat zumba dimana beberapa video klip zumba aku download dari youtube....ada beberapa versi...dan folder...ada folder zumba latin zumba dangdut dan macam2 lagi la...setiap folder ada 1 klip video warm up, 2 lagu slow 2 lagu rancak 1 lagu slow dan 1 cool down....total setaip folder antara 30 ke 40 min...ada gak 1 klip penuh 30 min cardio workout....

 ni diantara contoh klip video zumba yg aku praktikkan...aku pilih step yg mudah2 je...mana2 yg melompat tu aku x lompat la...dok umah apartment kan    kang marah plak jiran tetangga

instructor memang agak seksi jadi tak digalakkan orang lelaki menonton sekali...hahaha

ni masa zumba minggu lepas...jgn terpedaya dgn keruncingan dagu...tu hasil dari sudut mengambil gambar....hahahah





aku masih meneruskan hidup seperti biasa dimana suami dan anak2 masih akan keluar bersuka ria dan makan2 dgn enaknya....jadi aku akan sesuaikan menu yg aku amik dengan diet yg aku jalani.... yg atas ni  adalah dinner di manhattan fish market....kebetulan ada offer...jadi amik set ikan ni kongsi dgn irfan...tapi aku makan isi ikan dan salad SAHAJA....tepung macaroni dan fries tak makan....memang kena kental la....kalo x kuat iman jgn keluar langsung

yang ni plak makan kat kenny rogers.....aku amik set sandwich....jgn risau...insyaAllah kenyang,....yg penting jgn lupa baca doa makan.....







tu je cerita utk 7 hari pertama TBL ni....


Semoga aku diberi kesihatan yg baik oleh Nya supaya dapat memenuhi hasrat utk mencapai berat badan ideal

ketembunan pipi masih ketara

Sunday, July 23, 2017

5th day TBL 2017

Airni isnin hari ke 5 cabaran TBL....So far Alhamdulillah masih terpelihara....Diet di hari cuti amat la susah nak banding diet dihari keje...sebabnya kalo cuti mesti dok umah atau keluar....

Kalo dok rumah mesti masak dan makan....kalo gi jenjalan pun akan makan gak....nampak tak cabaran nya disitu....Kalo ari keje kiter dok tempat wat keje....apa yg ada sekitar workstation adalah kerja dan air kosong....aku cuma jengah cafe waktu rehat je...Bf pun dah siap2 makan roti kat rumah....kalo bf kat cafe dah tentu2 la akan menjurus kearah makan dengan banyak....maka elakan ke cafe...cukup la waktu lunch....tu pun kena hadkan amik nasi sesenduk + lauk + sayur....cabarannya adalah di cafe ada pelbagai manisan dan pilihan makanan....waffle kopok lekor burger dan pelbagai jenis nasik dan lauk pauk....kedai runcit pun ada

Aku dah mula mengurangkan makanan dan minuman manis....Jumaat lepas ada jamuan raya opis....Aku bawak air kosong aku sendiri....ni adalah untuk elakkan aku amik air manis....kuih muih manis dan desert mmg x amik langsung....Aku amik sate 2 set (cucuk), kambing bakar 2 piring kecil dan semangkuk mee rebus tulang kambing....yang lain cuit2 sket jer....nasik aku tak amik langsung....

Balik kerja hb ajak g tengok wayang.....dan macam biasa la...seblom maghrib g makan dulu....aku makan manhattan fish matket....kebetulan ada promo....aku amik set fish n chip kongsu dgn irfan...aku just makan isi ikan je dan salad....yg lain irfan makan....kekentalan memang perlu ada esp bila anak tak abis makan....biasanya aku ler jad tukang perabis makanan anak...kali nih aku suap je dia sambil dia layan kartun tu...abis gak akhirnya....Alhamdulillah

Sejak aku avoid makanan manis ni baru aku perasan yg makanan yg aku makan kat luar selama ni memang banyak yang manis..air manis memang slalu la aku elak...air gas jus segala memang aku x minum....bila makan mintak air suam jer...tp bab makanan manis .macam

hokkaido cheese tart
pretzel auntie anne
eskrim mcd & baskin robbin
coffee starbuck

kiter rasa macam dah ok dah x minum air manis padehal tanpa disedari makanan manis yang banyak masuk kedalam tubuh....tu yang tak kurus2 tu

bila hb ajak makan kat tempat yg biasa gi slama ni memang semua aku tolak....sebabnya manis....bukan senang nak control bila dah jadi rutin tapi tak mustahil sebenarnya

Kiter boleh ubah makanan yang kiter makan selama ni kepada pilihan apa yang ada pada menu....

Rutin : Wayang (popcorn dan air manis)
- Aku cuma makan beberapa ulas popcorn dan minum air mineral

Rutin: Snack plate KFC
- ubah kepada twister

Rutin: burger MCD
-ubah kepada bubur dan carikkkan isi ayam goreng tanpa kulit

Kalo boleh elakkan , elak la fast food tapi kalo dah terpaksa boleh gak buat macam tu....bukannya tak leh makan langsung

tapi manis memang takleh kompromi...kena kurangkan dan kalo boleh elakkan terus....dalam makanan seharian kiter pun sebenarnya dah ada gula...macam nasi roti dan sumber carb yg lain...

Dalam 5 hari ni aku dah ubah rutin aku

1. makan 6 kali sehari (sekali je makan berat)
 6 pg
10pg
1 tghr - makan berat
4 ptg
8 mlm
11 mlm

2. workout setiap hari
30 minit setiap sesi
sabtu ahad 2 kali pagi dan petang

3. Tido 6 ke 7 jam sehari
-rasa penat jer rest kejap...sekejap la...bukan la membuta sepanjang hari...


So far Alhamdulillah...kesihatan pun agak ok cuma lenguh2 sket pasal dah lama tak exercise kan...mungkin otot tu terkejut....

Tiap kali nak cheat makan atau nak skip workout aku akan remind balik yg aku skang berada dalam challenge TBL....terus bersemangat balik....wat masa ni aku x naik timbang lagi...Khamis pagi baru aku timbang balik...nak tengok dapat tak capai target lost 2.5kg seminggu


Thursday, July 20, 2017

1st day challenge the biggest loser

Smalam kul 3pm ada briefing pasal challenge ni...peserta berdaftar bersama dgn yg walk in meningkat ke 150 org... menurut penganjur hadiah utama ni adalah jumlah tertinggi pernah di pertandingkan di peringkat jabatan....

Aku tgk rata2 yg join kebanyakkannya berat antara 60 ke 80 kg....yg btol2 obes giler ada la beberapa org....tp yg badan kecik molek ni sebenarnya yg berpotensi utk menang sebabnya...pemarkahan berdasar LWP (lost weight percentage)....

5 kg lost bg org yg berat 60kg adalah lebih besar LWP nya drpd org yg berat 100kg....tp kena turun atleast 5 kg bg melayakkan masuk grand finale best 20....pemarkahan berdasarkan LWP dan kehadiran bg setiap program yg penganjur adakan...macam smalam sesi pertama...body combat...Akan ada lagi 2 sesi kecergasan  dan 2 sesi kursus pemakanan....

Setiap 15 hari akan ada timbangan tetapi smalam kata en.razif tu dia akan buat timbangan setiap minggu ari jumaat...setiap khamis gym khas utk peserta TBL sahaja....kira macam last chance workout la

Smalam aku join body combat yg seblom ni aku pernah buat masa kelas zumba bawak blok tu...tp masa tu xtau plak namanya body combat...dia macam latihan bertinju la....xde la susah tp lenguh...sejam body combat...then lepas asar sejam lagi zumba...ni 1st time aku join kelas zumba...fun gak la...tp kelas ni kena bayar...5 inggit 1 sesi...ok la....

smalam memang penat giler...lepas mandi solat iron baju...10.30pm aku tdo...kul 6 pg br terjaga...Alhamdulillah badan rasa segar btol...mungkin 2 jam workout smalam menyingkirkan toksin2 jahat dalam badan aku

Ada beberapa tips dia bg smalam...diantara tips yg aku ingat

1. kurangkan gula
2. nak kurus sihat xde short cut yg ada adalah long cut
3. jaga makan (diet), workout jgn tinggal dan rehat secukupnya

So modus operandi utk program kali ni

1. Elakkan/kurangkan makan dan minuman manis
2. Workout setiap hari (zumba/threadmill)
3. Rehat secukupnya
4. Air 3 liter sehari
5. minum green tea
6. Menu & Aktiviti diet
                       6 pg- neslo + roti kosong
                       8pg- workout (cuti shj)
                       10 pg-  green tea + biskut tawar
                       1 tghr- nasi putih 1 senduk + lauk + sayur + air suam
                       4ptg- buah
                       6ptg -  workout
                       8mlm- buah/ sup
                      11 mlm - milo suam/ susu anlene

tu je kot plan nya....bak kata omputih

u fail to plan, u plan to fail
no pain no gain
beauty is pain

seram kan....hahahah

tapi pada aku usaha dan tawakal dalam mencapai sesuatu perkara dgn niat yg baik InsyaAllah kiter akan berjaya....

So balik ptg kang nak shoping brg dapur....beli yg sihat2 jer....

oppssss lupa lak nak citer pasal target....Disebabkan berat aku almost 85kg dan berat badan ideal berdasarkan ketinggian adalah 55kg....maka untuk mendapat hadiah utama aku kena lost 30kg dalam 3 bulan

means 10kg sebulan
2.5kg seminggu
357g sehari

huhuhuh...nampak macam mustahil dicapai...tp smalam workout 2 jam...pg ni aku timbang dh turun 800g

kalo aku menten macam tu dlm masa seminggu aku boleh lost 5.6kg
sebulan 22.4 kg
3 bulan 67.2 kg

hahahahah...berat yg tinggal adalah 17.8kg....berat sket je dr irfan

tu on paper jer....realitinya...bila kiter start control makan dan workout badan akan cepat trurun esp yg jenis gemok air....kalo istiqamah InsyaAllah dalam masa 2 minggu akan ada perubahan...lepas sebulan akan start plateau (berat statik)

Masa tu ko akan rasa sgt down dan stress...kekadang mcm2 cara buat tp berat xnak turun dh....masa tu kena la tukar rutin diet kiter....aku ckp berdasarkan pengalaman...biasanya aku akan give up..dpt lak beberapa org dah tegur nampak kurus la...nampak susut la.....dan tanpa disedari aku akan stop diet dan tiba2 badan naik mcm dulu....ceh....

rekod aku sendiri aku pernah turun 10kg dalam masa 3 bulan...pastu berat plateau...rupa2nya aku pregnant...see....rezeki Allah bagi dgn usaha dan tawakal pada Nya....Allah nak suh aku jgn berat sgt masa pregnant....nanti susah bila dh sarat....

untuk capai berat badan ideal aku kena singkirkan 35% drpd berat badan aku skang.....iaitu 30kg...Aku mmg sajer letak target tinggi sebabnya aku ni jenis yg mudah berpuas ati...bila dh turun sket mula la sedar diri...makan x hengat dunia...tau2 dh naik blk....

jadi aku nak cabar diri aku capai lost 2.5kg seminggu....kalo ok aku akan capai target 10kg sebulan tu... tu jer wat masa ni...aku akan sentiasa update perkembangan dari masa kesemasa....

wish me luck InsyaAllah






Wednesday, July 19, 2017

Program Biggest Loser anjuran Kementerian kewangan

Baru2 ni dpt emel tentang program biggest loser nih....ada geng kat opis baru nih (dr LPPSA gak ) maka aku pun mendaftarkan diri....program ni hanya utk staff sahaja...Hadiah agak lumayan...Kalo xdpt hadiah utama pun dpt turun berat pun dah syukur Alhamdulillah






Cabaran bermula arini 20 jul dan berakhir InsyaAllah  pada 20 Okt 2017 (3 bulan)
petang ni akan ada briefing dan sesi body combat...Aku pun xtau apekebendanya...jadi redha je la....baju sukan siap bawak dah...punya la semangat...Setiap ari khamis 5.30-7pm ada kelas zumba kat opis ni gak...Aku bertekad kali ni nak wat betul2....

lost 30kg in 3 month....tiada apa yg mustahil....InsyaAllah....yg penting usaha dan tawakal....

Dengan niat untuk cantik dan dikurus didepan suami, utk kesihatan dan memudahkan berbuat ibadah....

Berat permulaan 84.7kg



Wednesday, July 5, 2017

Kembali diet selepas 10 hari beraya....DIET TURUN 30KG

Aku ni xleh manjakan sangat badan dengan makanan...kejap je dh naik...nk turun punya la seksa....Maka dgn berat permulaan 84.9kg.....huhuhuhu

Target nak turun 30kg dalam 5 bulan....InsyaAllah....
Sebulan kena turun 6 kg...seminggu 1.5kg

Kali ni strategi aku adalah

1. jaga makan
-bf roti
-lunch nasi berlauk
-dinner sup atau buah

2. Elakkan manis

3. Air 3 liter sehari semalam

4. Workout
-Zumba @ threadmill sejam sehari



ni pic raya pertama

Berat 1 ramadhan 86.9kg
Berat 1 syawal 83.7kg
turun 3.2kg sebulan

tu puasa tu....hari2 makan nasik berbuka dan sahur....tp air manis x amik la

ni pic 10 syawal....berat 84.9kg....heheheh


Wish me luck...InsyaAllah dengan niat utk menjaga kesihatan, cantik untuk suami dan memudahkan diri untuk beribadah....mudah2an Allah makbulkan














Tuesday, June 6, 2017

menu minggu pertama ramadhan.....

Aku kalo bulan puasa memang rajin masak....sahur dan berbuka dirumah relax sket...xde terkejar2 nak maghrib...makan pun boleh free hair...selesa hehehe....walaupun berpuasa diet tetap diteruskan....sebolehnya aku cuba masuk lauk yg simple dan menyelerakan



 nasi grg cina + sup campur



bubur lambuk + serunding, ayam masak merah + sup sayur + tolo dadar


sambal udang galah +  sotong masak kicap


kobis + lala serai + sambal sotong


masak lemak ketam + sambal udang + buncis fish cake

ni jer yg sempat snap...tu pun laki aku dh jeling2 dah tiap kali makan amik pic dulu hehehehe

Bersama dengan juadah ni aku akan masak nasi herba poni 2 senduk + air suam @ green tea 500 ml + kurma 2 biji

masa awal2 ramadhan aritu aku ada la wat susu kurma ikut resepi yang viral tu...siap wat ice blended lagi...kalo berbuka ok kot tp sebab sahur jadi muak...takut termuntah plak nanti...sudahnya aku makan je kurma macam biasa....

Monday, June 5, 2017

Diet dibulan ramadhan.

kini dah masuk bulan ramadhan..berpuasa adalah cara paling mudah untuk berdiet.secara tak langsung kiter mengawal pengambilan makanan disiang hari..tapi jangan pulak bila berbuka kang melantak macam bela saka..memang tak dapat la nak kurus kalo gitu.

ni diantara tip2 yg aku amalkan sejak 3 tahun lepas...InsyaAllah berkesan tapi lepas raya krik krik krik....huhuhu... jadi aku bertekad lepas raya pun nak kontrol gak...InsyaAllah

1. wajib sahur
-sahur mestilah makan nasik...hadkan pengambilan nasik kepada sesenduk atau 2 senduk. disebabkan aku makan beras tanpa kanji herba poni tajmahal yang beras utk pesakit diabetis tu maka aku amik 2 senduk heheheh....makan bersama lauk dan sayur....xnak sayur makan buah tanak buah kena amik air byk utk elak sembelit....dan paling penting kurma dlm 2 biji cukup....pastu minum la air manis secawan..aku minum neslo (nescafe suku sudu teh + milo 3 sudu teh)

*utk makluman aku addict nescafe...utk elak sakit kepala aku amik sikit je nescafe utk sehari..aku xpernah cuba berhenti cuma aku cuba kurangkan pengambilan je

2. air secukupnya
-semasa sahur dan berbuka..macam aku amik air 1 liter masa berbuka dan 750ml masa sahur...lebih kurang la...

3. berbuka sekadarnya
- jangan melantak masa berbuka...kalo sahur dengan nasik sebaiknya berbuka pun dengan nasik....nasik adalah lebih baik dari mee goreng char kue teow sebab nasik ni kosong.elakkan minum air manis dan kuih manis.....kalo nak makan sgt pun sekadar merasa je....tu pentingnya masak sendiri sebab kiter leh kawal portion dan jenis makanan yg kiter ambil.

4. minum green tea
-banyak khasiat nya green tea ni...selain membuang toksin juga boleh menguruskan badan....masa berbuka bancuh siap2 500 ml green tea suam...

5. exercise
- boleh jer nak bersena tapi jangan keterlaluan..kang ada yg berbuka masa azan asar nanti..mcm aku mmg asak sendiri utk sahur dan berbuka.aktiviti seoerti asak dan engemas juga boleh membakar lemak...xbyk pun sikit lelemak mencair gak

6. sukat ukurlilit dan timbang berat badan
-ni buat seminggu sekali utk enaikkan lagi semangat berdiet...kalo kg xturun jgn susah haticer tgk ukurlilit mesti ada bahagian2 bdn yg menyusut
aku ukur bahagian lengan dada pinggang punggung dan peha.1st week baru2 ni semua bhg menyusut kecuali lengan...naik 1 inch..adeh

7. makan 2 kali sehari jesahur dan berbuka..jgn ngada2 nak amik moreh supper segala...

tu je kot tips nya.....semoga bermanfaat
Image may contain: 2 people, people smiling, selfie and closeup

yg kanan tu aku masa 5 ramadhan baru2 ni

berat permulaan 86.9kg huhuhu diabi masa 1 ramadhan....\

Aku target turun 5 kg sepanjang puasa nidapat 80kg pun syukur sgt2 dah....

Tuesday, February 16, 2016

KEBAIKAN AIR LEMON.....POINT NO 11 TU YG UTAMA

12 Kebaikan Air Lemon yang Semua Orang Kena Tahu.

Air Lemon berbeza dari air limau kerana air lemon mempunyai sifat alkali yang boleh membuang asid berlebihan dalam badan. Untuk membuat air lemon yang segar, Lemon segar boleh dipotong dan hanya diperah dalam segelas air atau jag tanpa gula atau dengan gula atau madu. Mudah kan?

Banyak kelebihan minum air lemon setiap hari. Anda pasti akan minum air lemon setiap hari kerana kelebihan-kelebihannya yang sangat baik untuk kesihatan.

Lemons

Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.

3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.

4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.

5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.

6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.

7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah. 

8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantumenghadam lemak degil. 

9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.

10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahakyang terhasil dalam badan.

11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.

12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

Sunday, August 23, 2015

minggu ke 4 atkins....

nampaknya menu roti wholemeal 2 kpg dipagi hari bersama gula2 fisherman friend ntah bape ketul sehari membuatkan berat badan ku xturun....

wat masa ni aku xleh nak wat apa lg pasal makan masih kena pantang dan batuk pun xsembuh lg....aku xtau pasal apa batuk kali ni lambat sembuh...mungkin Allah xizinkan lg aku utk sembuh...mungkin ada lg dosa2 kecil yg blom terhapus....sakit tu kan penghapus dosa...insyaAllah...

Aku masih makan ubat batuk (read :manis) dan irfan masih menggaru2 bontotnya kalo xdipantau...2 ari cuti dok umah boleh la aku monitor dia...tp bila kat taska aku cuma bleh pesan kat pengasuh suh tukar diapers dia 2 jam skali xkira la kencing ke tak....

mungkin juga menu makanan yg byk goreng dan minyak menyebabkan batuk aku lambat sembuh....nampak nya aku leh makan dgg sup, sup sayur dan ikan stim sajer la nampaknya....

aku xleh nak stop diet wpun utk sementara waktu sebabnya aku tau diri aku ni camner....sedangkan cheat sehari pun aku leh melantak apetah lagi nak tunggu sembuh btol2 macam biasa lg la haru nanti......membiak2 la lemak dgn jayanya

maka....utk minggu ni aku nak kena wat method baru.....

1.MAKAN
 DIsebabkan aku masih xleh elakkan makan fisherman friend, roti dan ubat batuk yg mana xlulus DA, jadi aku akan make sure gatal2 irfan dan batuk aku sembuh dgn cepat, maka menu makanan yg aku akan ambil adalah
pagi roti bakar
tghr sup sayur, ikan bakar, @ sup dgg
malam: sup sayur ikan stim @ sup dgg

2. WORKOUT
memandangkan dah sebulan aku DA maka aku akan mula workout....zumba dance workout 30 minit sehari.....di samping kerja2 hakiki dan kerja rumah yg mmg buat tiap ari

3. GREEN TEA
seteko sehari....pg dan ptg.....air masak campur green tea 3 liter sehari...
wat masa ni pg aku minum 500ml
kat opis 1.5liter
ptg 500ml
mlm 500ml
cukup 3 liter
kekadang cukup kekadang tidak

4. BANTUAN
- aku nak start apply losyen mustajab semula bg memepercepatkan proses pembakaran lemak tepu
-pakai korset 24 jam kecuali masa mandi....aku tgh berkira2 nak beli korset yg lebih efektif....

InsyaAllah dgn method baru ni semoga ada penurunan minggu depan.....wat masa ni berat aku menten...naik 79 turun 77 jadi aku malas nak amik pic scale....rasa sedih dan down sgt....tp takper usaha tetap diteruskan hingga berjaya.....


WISH ME LUCK.......

Wednesday, August 19, 2015

arini dah ari ke 23 atkins.....



nak masuk minggu ke 4 dah DA...wpun xbyk turun tp boleh la....dr terus naik....

setiap ari ini la yg berlaku...ni menu makan malam utk satu family....

aku amik ni je....

close up sket dgg masak merah




ni bekal bawak g opis....





ni pic jumaat 14 ogos...mcm biasa try pakai bj lama....Alhamdulillah muat



ni menu smalam....bekal bawak opis..panaskan kat microwave

ni bf terdesak namanya.....aku kan tgh pantang telur...sempat wat ni je....jgn tiru ya anak2...better makan burger ayam