Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts

Tuesday, October 18, 2011

Resepi makanan diet....

Atas permintaan sahabat diet, maka aku up entri khas resepi khusus untuk makanan sihat...
makanan yg kurang minyak, kurang garam dan yang penting fresh


Ikan siakap stim



 ketam stim
Actually kedua2 masakan nih menggunakan resepi yg sama...

Bahan-bahan seekor ikan besar atau 3 ekor ketam
  • 2 biji bawang cina (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 batang serai (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • sebiji buah tomato yang dibelah menjadi 8
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 biji asam boi warna putih (dihiris isinya)
  • sebiji limau nipis (ambil airnya)
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan /ketam dan . basuh bersih sebelum diletakkan dalam pinggan untuk dikukus.
  2. semua bahan2 dihiris. selepas itu, ditabur di atas pinggan yang berisi ikan/ ketam tadi. taburkan garam dan juga air limau nipis. letakkan tomato yg telah dibelah ke atas ikan/ketam tersebut
  3. panaskan pengukus sehingga air mendidih. selepas itu boleh mula mengukus  selama 20 minit atau sehingga ia masak.
  4. siap utuk dihidangkan. makan dengan nasi panas... sedappppp
Udang Bakar berempah


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 1/2kg udang (saiz sederhana)
  • 7 biji bawang kecik*
  • 5 ulas bawang putih* 
  • 2-3 inci halia*
  • 5 sudu makan madu
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit garam (ikut selera lidah masing2)
  • sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. untuk membuat bahan perap:
  2. kisar bahan2 yg b'tanda * sehingga halus (kalau rajin, tumbuk dgn lesung batu, lg sedappppp)
  3. Tuangkan bahan2 kisar ke dlm mangkuk besar. kemudian, tambahkan madu, serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan garam. Gaul sebati
  4. masukkan udang yg dh dicuci ke dalam bahan2 perap dan perapkan semalaman (lg lama perap lg sedap)
  5. udang sedia utk bakar (boleh dibakar terus atas api, boleh dibalut dengan daun pisang, aluminium foil, atau daun kunyit)
  6. Dah masak sedia untuk dimakan


Tomyam kung


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 6 cawan air
  • 2 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 labu bawang besar
  • 5 helai daun limau purut
  • 300 gram udang
  • 5 biji limau nipis
  • cendawan tiram (ikut suka)
  • 10 biji cili api (belah dua)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Masukkan air, lengkuas, serai, bawang besar & daun limau kedalam periuk. Jerangkan atas api sampai mendidih.
  2. Kemudian masukkan udang dan perahan air limau. Jangan dikacau sehingga udang berubah warna.
  3. Kemudian masukkan pula cendawan dan cili api. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  4. Sedia dihidang.


Kerabu mangga

bahan2
1. Sebiji mangga muda dipotong halus
2. Sebiji buah tomato segar di potong dadu (buang empulurnya)
3. sebiji bawang holland di potong dadu
4. 10 biji cili padi
5. garam, gula dan kerisik secukup rasa


Cara2
gaul semua bahan hingga sebati
sedia untuk di makan...nak lagi feel simpan dalam peti sejuk jap



Tu sajer resepi wat masa ni..lain masa aku upload lagi tapi kalo nak lebih banyak resepi leh rujuk sini
Resepi diatas juga diolah dari sana gak...
Slamat mencuba

Friday, October 14, 2011

Santapan minggu ini...


Ni menu sepanjang minggu ini yg sempat aku snap...diantaranya

Ikan siakap stim asam boi
 sebelum



 selepas



udang bakar berempah bersama taugeh goreng

dan

breakfast pagi sandwich salad ayam...

setiap pagi skang nih aku makan roti wholemeal jer dan lunch aku makan nasik sesenduk bersama lauk
malam plak aku akan makan lauk  seperti sup atau tomyam..kalo lauk tak berkuah aku akan makan dengan roti...workout ada ler skali itupun lari2 kejar batrisyia kat padang jer...tengokler ari isnin nih ada penurunan ker tak....


Friday, October 7, 2011

Menu makan lagi....

Ni menu makanan minggu ni yg aku sempat snap..yg lain tuh aku dah bedal dulu, dah tinggal tulang baru ingat nak snap gambor...heheh



menu lunch ari selasa kalo tak silap...
sayur kobis tumis air dan ayam bakar berempah


menu ari rabu
ikan kembong stim asam boi

breakfast ari khamis
roti whole meal bersama sapuan mentega dan kaya
secawan nescafe panas...

minggi nih aku banyak makan malam kat luar...walaupun tak amik nasik dan makanan berat tapi still makan gak...rasa bersalah plak...heheh...

8 gelas air sehari...

8 gelas air masak sehari.....
Biasa kiter dengar statement nih bila mengikuti ceramah kesihatan atau program diet...Aku tak penah kira plak baper gelas air aku minum sehari tapi boleh tahan lar jugak banyak nyer pasal aku memang bawak air masak dari rumah untuk bekal...memang dari dulu lagi

Tekak aku nih takleh terima air water cooler kat opis...rasa apa ntah macam minum air direct paip jer..so aku mesti bawak bekal air masak dari rumah...Pagi smalam aku sukat ler sumer botol kat rumah..nak tau gak sebotol baper liter...


skang nih aku bawak bekal botol kaler biru tuh....biasanya menjelang petang dah habis...kat rumah aku minum ada ler 2 ke 3 gelas...


aku dah sukat sumer jenis botol nih
botol biru avon 1.6L
botol tupperware kuning 2.0L
gelas 200ml
botol bliss 500ml

So slama nih aku minum nak dekat 2.0 liter sehari...kira 10 gelas ler sehari...
tp bila wat detox aku minum lebih banyak air lagi...tu yg selang 15 minit ke toilet...

Aku masih lagi berdiet seperti biasa cuma kurang workout sebab cuaca hujan setiap petang....
Untuk cabaran turun 5kg anjuran kak Zel...timbangan pertama akan dibuat isnin depan...tak tau ler ler caner nanti...harap2 turun ler hendaknya...



Tuesday, October 4, 2011

Menu makanan sihat sepanjang berdiet...

Aku dah mula menjaga menu makanan semula cuma kali nih tidaklar berdetox...cuma control makan dgn makan makanan sihat...Setiap apa yg nak ditelan aku akan fikirkan adakah makanan ini baik untuk kesihatan...???
 Ni diantara menu2 sepanjang minggu lepas...


tomyam khung...aku panggil tomyam putih...tak guna perencah pun...



kerabu mangga bersama tomato

ayam goreng pun ada gak khas utk sibudak bertuah..kesian plak kat dia, mak bapak sibuk berdiet takkan lar dia pun nak makan makanan ni jugak...so aku gorengkan sedikit ayam

peace tatap menjadi trademark...
aku tetap masak nasik untk sikecik dan my BIL...aku makan lauk jer...

biasanya lauk yg dimasak malam tadi aku akan buat bekal utk lunch esoknya...

ni breakfast diujung minggu...roti wholemeal bersama sapuan kaya dan vatelite..
yg compang camping tuh lebihan roti dominos pizza...



ni menu ari sabtu..sup campur ala siam dan ayam bakar berempah...

Aku seboleh2nya masak jenis rebus, panggang, bakar, stim, sup dan tomyam jer...
kalo boleh nak elakkan menggoreng dan masak bersantan...

Dulu bila nak masak untuk diet nih aku jadi takder idea nak masak apa...la ni sejak bergelumang dengan 4 fail resepi nih....(read: fail ngko bukan buku lagi dah), aku dah jadi kreatif plak...hb pun makan dengan tanpa banyak bicara...walaupun makanan untuk diet, masih lagi rasa lazat dan aku berselera menikmatinya...takder lar rasa tertekan sangat...baru lar boleh diet dengan gembiranya...


Thursday, September 29, 2011

Journey 40 days diet kini bermula...

Alhamdulillah arini aku kembali berdiet...Actuallt smalam lagi aku dah mula cuma tak brapa serius lagi...
Petang smalam aku gi beriadah bersama sikecik lebih kurang sejam kat dataran Nilai...ok gak lar sampai terbungkang aku tido malam tadi..letih btol rasa setelah lama tak beriadah...

Pakej skali ngan main bole  dan berkejar2an kat padang, boleh tahan gak dia berlari...naik mengah aku dibuatnya...malam tadi aku masak tomyam khung, kerabu mangga dan ayam goreng utk sikecik....kesian plak kat dia...takkan dia pun kena makan makanan diet macam aku gak...heheh..
hb pun ikut serta berdiet...hb aku nih kalo diet senang jer turun...kekadang sebulan diet dah nampak kurang..dia problem tang perut jer...yg lain sumer ok...aku nih nak dekat setahun diet tak jadi apa pun...huhuhu

malam tadi aku still makan sesenduk nasik lagi...
dan pagi tadi aku bawak bekal masak malam tadi...Disebabkan nak makan tomyam panas2 maka nasik tuh aku makan waktu breakfast...

kul 10.00 aku makan epal sebiji dan air cam biasa ler...agak2 bg cukup 8 gelas sehari...

So tengahhari tadi aku cuma amik 3 keping wholemeal bread bersama sapuan jem kacang....

malam ni tak tau lagi nak masak apa...plan macam nak masak ikan bakar...tengok ler caner tahap kerajinan...

Seblom terlupa, aku join gak diet anjuran kak zel... Cabaran turun 5 kg dalam masa sebulan...Aku dah daftar pun...sambil diet2 sendiri leh gak join peraduan bagi membakar semangat...

Tuesday, September 27, 2011

Detox masih belum bermula....

Aku blom berkesempatan lagi nak memulakan detox sebab

1. Baru lepas balik kampung,,penat giler
2. ari isnin cuti mengemas rumah sampai tak sempat nak masak
3. malas


heheh...

InsyaAllah esok ari khamis 29 Sept 2011 aku mula balik detox...
bukan detox sangat lar kot cuma aku akan control apa yg aku makan dan pastikan ada workout

Syarat2 yg aku nak kena patuhi untuk diet kali ini adalah

1. Pengambilan nasi sesenduk sehari untuk sekali makan means aku akan makan nasi waktu lunch sahaja
2. Memasak sendiri untuk breakfast dan lunch
3. masakan berasaskan bakar, stim, rebus dan panggang sahaja
4. Air masak bergelas2 sehari
5. Workout setiap petang selama sejam. Aku tak nak buat workout yg berat sangat..Asal bergerak dan keluar peluh
6. makan malam berupa buah atau sup sahaja
7. timbangan akan dibuat setiap minggu ari khamis pagi selepas bangun tido
8. Diari makanan perlu di lengkapkan setiap hari seblom tido...diari mengandungi apa yg dimakan sepanjang hari dan apa aktiviti fizikal yg di lakukan
9. Avoid minuman manis (kecuali secawan nescafe sehari), jajan, santan, manisan


Tu jer lar kot...
Aku nak kena state dengan program nih slama 40 hari sampai lar hari raya haji nanti...
InsyaAllah aku akan update perkembangan skali seminggu...wish me luck...harap2 ada sedikit penurunan...

Friday, September 23, 2011

Detox last day...

Arini last day detox...
menu arini adalah

6.45am
macam biasa

nescafe
air perahan lemon
kuey teow goreng


sikecik ni pun bangun awal bf skali ngan aku

10.00am

sandwich



jus delima baru beli

1.45pm oblong burger kambing

dan bekal nasik putih
sambal sardin
sayur brokoli

6.45pm
seketul ayam goreng KFC dan cheezy wedges...heheh...


keesokan paginya aku naik scale..berat aku tak berubah...maka detox kali ini dianggap gagal...
apa tak nya exercise takder....stakat kemas rumah dan masak tak memberi kesan langsung pada aku...
so aku plan nak wat detox 40 days...untuk hari raya haji awal bulan Nov nanti...detox insyaAllah akan bermula isnin depan..aku mungkin takkan update menu setiap ari macam detox 3 days nih...cuma aku akan listkan sajer menu macam bulan puasa aritu...




Detox 2nd day..

Detox masuk hari ke 2... menu hari ni adalah

6.30 am


mee goreng
nescafe
air perahan lemon

10.00am

sebiji jambu air
air masak sepanjang hari


12.45pm

ns putih sesenduk
sambal terung
sup ayam


8.45pm

sandwich sardin

Selesai sudah menu hari ke 2

Tuesday, September 20, 2011

Detox 1st day

Dah lama kan tak wat detox...Setelah 2 minggu lebih perut disajikan dengan pelbagai juadah makanan yg pelik2 dan lazat2..arini aku bermula...timbang pagi tadi berat lagi banyak dari seblom mula puasa...boleh?
puasa sebulan turun 2.4kg
raya 2 minggu naik 2.8kg
Tu kontrol2 gak tuh..kalo tak kontrol mau 5 ke 6 kg naiknyer...tp takper yg berlalu biarkan berlalu...masa hadapan perlu dihadapi...

Ni lauk yg aku masak malam tadi merangkap lauk untuk bekal tengahari esoknya...


ikan kembong stim (seblom kukus)

sayur campur

dah masak


kongsi ngan batrisyia...malam tadi aku masih makan nasik sebab tak tahan tgk lauk sedap...heheh...



So menu aku arini adalah

6.30 am




Bihun singapore piring kecil + air perahan lemon + nescafe panas

air kosong dihiasi lemon 1 liter (sepanjang hari minum)
gara2 minum air nih selang 30 minit aku berkejar ke toilet..dah lar sejuk giler opis nih

10.00 am

sebiji epal merah

12.45 tghr

bekal nasi putih 2 senduk + lauk malam tadi
makan bersama dengan kawan2 opis yg sedang menikmati dominos pizza...
amat menyeksakan..tp takper..demi detox aku cuba bertahan...

4.00pm sebiji epal merah lagi...


8.00 malam

sup ayam


tapi aku masak gak lar nasik untuk si kecik nih makan...

sekian detox hari pertama...



Monday, September 19, 2011

Setelah 2 minggu bermaharajalela dengan makanan.....

Serius aku memang tak brani nak naik scale...takut....dan seram...heh...
memenuhi undangan open house merata tempat, tetamu datang kerumah beraya diantara faktor penyebab takut nak naik scale...puasa sebulan turun tak sampai 3 kilo...

raya baru 2 minggu tak tau lar naik baper...wpun aku sedaya upaya..(upaya lar sangat kan) kontrol apa yg aku makan tp kekadang terbabas gak..konsep nasik sesenduk sekali sehari tuh amat payah nak di ikuti...ais dan air manis aku leh kontrol lagi sebab aku pun tengah batuk skang nih...pernah tak korang nampak org gi open house bawak bekal air masak...aku ler tu...konon2 air si kecik padehal air aku sendiri...segan lar pulak nak mintak air masak kat umah org...baik bawak sendiri...si kecik ni pun aku pantangkan dari minum manis dan ais...

So start esok aku plan nak wat detox...tapi masalahnya jumaat nih opis aku ada wat jamuan...caner yer..jadi detox aku ni utk 3 hari jer lar nampaknya...maka ku beri nama

3 Days Detox Diet

Aku mungkin akan follow macam detox yg aku penah buat seblom nih..tanak straight sgt jap gi cepat putus asa...slow2 ler...Start esok aku akan update apa yg aku makan dan apa yg aku buat utk exercise..

Actually masa Dis 2010, aku dah dapat berat sama macam aku mula2 pregnantkan sibatrisyia...then aku plan nak baby lagi...so aku stop segala jenis workout aku slama nih...then berat aku mula naik sikit demi sikit sampai lar skang nih berat aku lagi berat dari masa aku sarat mengandung dulu..leh imagine macammana aku rasa skang...Now dah dekat setahun aku plan tapi blom ada rezeki lagi.. Skang aku dah rasa susah hati sangat...badan dah makin naik, tapi aku tak pregnant lagi...nak diet workout cam dulu risau plak aku pregnant..kang jadi apa2 kan susah plak...nak workout sket2 rasa cam tak berkesan plak...adoyai...ni ler masalah yg menghantui aku kebelakangan nih...

So wish me luck...

Sunday, September 4, 2011

PDR sudah berakhir...

Hari nih 7 syawal...seperti yg dijanjikan gambar berat pagi syawal telah diambil dan ini ler hasilnya...






berat aku turun 2.4 kg sahaja...rasanya tak cukup utk jadi pemenang contest nih...tp takper lar yg penting ada penurunan dan aku dah berusaha sebaik mungkin....InsyaAllah lepas raya nih aku akan mula wat detox semula utk 5 hari dulu...nak mula bila aku tak tau lagi tp dalam masa terdekat ni lar...

Monday, August 22, 2011

Menu ramadhan minggu ke 4

Isnin 22 ogos 2011

Sahur
Kuah kari ayam
Tempe goreng
jelatah

Berbuka
Ketam 3 rasa
taugeh goreng +tauhu dan udang
Tempe goreng

Selasa 23 ogos  2011

Sahur
ketam 3 rasa
taugeh smalam

Berbuka (Star hut nilai)
Nasi putih
asam pedas ikan pari
ayam goreng
kari ayam
tomyam seafood
telur dadar
(makan utk 4 org)



Rabu 24 Ogos 2011

Sahur
Ayam masak merah
udang goreng kunyit

Berbuka
Nasi Ayam penyet 1 set


Khamis 25 Ogos 2011

Sahur
Nasi goreng ayam


Berbuka
Ayam masak halia
Sambal sardin

Jumaat 26 Ogos 2011

Sahur
Ayam masak halia
Sambal Sardin

Berbuka
Thai steamboat


Sabtu 27 Ogos 2011

Sahur
Sayur campur
Ayam goreng

Berbuka
Ns Beriani gam


Ahad 28 Ogos 2011

Sahur
Bubur Ayam McD

Berbuka
Nasi ayam
Popia

Isnin

Sahur
Nasi ayam

Berbuka
Sambal udang
Telur dadar
Sayur campur ayam


Tu jer lar menu sepanjang bulan ramdhan nih....secara ringkasnyer...2 kali sahur makan luar dan 7 kali berbuka kat luar dan sekali beli kat bazaar...yg lain semua aku masak sendiri...InsyaAllah panjang umur tahun depan nak pecah rekod lagi...

Selamat hari raya buat semua..Semoga ibadah kiter dibulan ramadhan diterima oleh Allah dan diampunkan segala dosa kiter seperti bayi yang baru lahir...Amin











Monday, August 15, 2011

Menu makanan: Puasa Minggu Ke 3

Isnin 15 ogos 2011

Sahur
Nasi putih
kurma
nescafe
Daging masak halia
Kacang buncis + Udang

Berbuka
Nasi putih
kurma
air masak
Ayam phat phet
Ketam bollywood


*Selasa 16 ogos 2011

Sahur
nasi putih
nescafe
kurma
ayam phat phet
ketam bollywood
ikan goreng

Berbuka
Nasi putih
Kurma
Air masak
paprik seafood
gulai masak lemak ikan tenggiri
Sagu gula melaka



* Rabu 17 Ogos 2011 (start arini aku tulis lauk jer lar ek...nasik, kurma, air masak dan nescafe tuh menu wajib

Sahur
paprik seafood
gulai masak lemak tenggiri

Berbuka
nasi beriani kat bilal, jalan TAR
roti boom
karipap



Khamis 18 ogos 2011

Sahur
Roti canai 2 keping...tak larat nak masak sebab malam td sampai kul 12 malam

Berbuka

Daging kandar
Sambal udang petai


Jumaat 19 Ogos 2011

Sahur
Daging kandar
sambal udang petai
telur mata masak kicap


Berbuka
Stewer daging, lamb chop kongsi ngan hb n sikecik
Snack Plate KFC kongsi ngan batrisyia


Sabtu 20 ogos 2011

Sahur
Daging masak Merah
Telur dadar

Berbuka
Ayam masak merah
Buttered prawn
Triffle


Ahad 21 ogos 2011

Sahur (deqla mengidam)
Ayam masak merah
ikan siakap 3 rasa
telur bistik ketam
udang goreng tepung


Berbuka (adik ipar masak)
Sambal sotong
Jelatah
Kari ayam
triffle
pelbagai kuih muih






Sunday, August 7, 2011

Menu ramadhan minggu ke 2

Isnin 8 ogos 2011

Sahur
Nasi putih
Ikan siakap 3 rasa
telur bistik ketam
kurma 3 biji
air masak
nescafe

Berbuka
Kurma 2 biji
air masak
Nasi putih
Kari ketam bertelur
Taugeh tauhu goreng + udang
telur bungkus
Bubur pulut hitam


Selasa 9 Ogos 2011

Sahur
Nescafe
Nasi putih
Kari ketam bertelur
Sayur sawi tumis air + udang
Sambal tauhu +ikan bilis
kurma 3 biji
air ribena
air masak

Berbuka
Nasi putih
Air masak
Sambal udang
Sambal tauhu + ikan bilis
tepung pelita seketul
beberapa cubit murtabak


Rabu 10 Ogos 2011

Sahur
Nasi putih
Kari ayam ala mamak
sambal udang
telur mata tabur bawang potong bulat letak kicap sket
kurma 3 biji
air ribena suam

Berbuka
Dominos Pizza
Air suam
Kurma


Khamis 11 Ogos 2011

Sahur
Nasi Putih
Kari ayam
Nescafe
Ikan Selar sweet Sour
Air ribena
Kurma

Berbuka
Bubur ayam Mc D
air suam
Kurma

Jumaat 12 Ogos 2011

Sahur
Nasi putih
Ikan Selar 3 rasa
Telur dadar
Ayam Phat Phet
Kurma
Nescafe
Air suam
Air ribena

Berbuka
Nasi ayam penyet
air suam

Sabtu 13 ogos 2011

Sahur
Nescafe
nasi putih
sambal sardin
Ayam masak kicap
kurma
air riben
air masak

Berbuka
sambal sardin
sambal sotong
masak lemak putih sayur kobis + udang
air masak
kurma
Anggur


Ahad 14 ogos 2011

sahur
nescafe
nasi putih
roti sardin goreng
masak lemak kobis
sambal sotong
telur dadar bawang lebih

Berbuka (tetiba tengah2 masak, gas habis,,,boleh..??)
Nasi putih
kurma
air masak
Daging masak halia
Ikan bawal 3 rasa
Potato wedges




Monday, August 1, 2011

Menu makanan: Puasa Minggu pertama

Isnin 1 ogos 2011

Sahur
Nasi putih
Sambal udang
Telur mata masak kicap
Nescafe
Kurma 2 biji

Berbuka
Air masak
Epal merah 1 biji
Kurma 2 biji
Nasi putih
Udang bollywood
Kacang buncis goreng + ayam
keropok lekor

Selasa 2 Ogos 2011

Sahur
Nasi putih
Udang Bollywood
Telur dadar
Nescafe
Kurma 3 biji

Berbuka
Nasi putih
Ayam masak kicap
epal hijau sebiji
kurma 2 biji
sayur kobis + udang
Air laici
Air masak


Rabu 3 Ogos 2011

Wake up 6.15 am...tak sahur pun

Berbuka (beli kt  bazar presint 2)
Nasi lemak
Roti Boom
Air Laici
Air masak
Kurma 2 biji
Tepung pelita 2


Khamis 4 Ogos 2011

Sahur
 Nescafe
Nasi Putih
Udang goreng kunyit
Ayam masak kicap
Kurma 2 biji
Air masak


berbuka
Soya suam
Air masak
Nasi putih
Ayam masak merah
Telur bistik ketam
Kurma 2 biji
Air suam



Jumaat 5 ogos 2011

Sahur
Nescafe
Air suam
Nasi putih
Ayam masak merah
Sambal sardin
keropok keping
kurma 2 biji

Berbuka (KFC)
Set Ayam 2 ketul
tepung pelita
air masak
milo ais (sikit jer)


Sabtu 6 ogos 2011
Sahur
Nasi putih
Kurma 2 biji
Air masak
nescafe
Udang masak lemak cili api ngan tomato
sambal kentang dan ikan bilis

Berbuka (umah mausi omok @ PJ)
Nasi putih
roti boom
kari ayam
Gulai siput sedut
Sirap limau bergelas2...

Dah ramai2 kan jadi tak keruan bila berbuka..hilang kawalan...heheh

Ahad 7 Ogos 2011

Disebabkan malam tadi blk kul 12 malam...penat giler maka kiter bersahur dengan
Maggie goreng
Nescafe
Kurma 2 biji
Air masak

Berbuka
nasi putih
Kurma 2 biji
Sirap bandung cincau
Ikan siakap 3 rasa
telur bistik ketam
Udang goreng tepung

Program Diet Ramadhan anjuran Kak Zel 1 ramadhan hingga 1 syawal...

Aku lama dah tak update blog nih sebab rasa cam putus asa nak diet...walau pun begitu aku masih jaga pemakanan cuma jarang bersenam jer...

So aku decide utk join contest anjuran kak Zel nih...

Ni gambar aku amik pagi tadi...

Aku plan nak wat camni
1. sahur dan berbuka seperti biasa makan nasik cuma elakkan menambah nasi...sesenduk cukup
2. masak sendiri untuk berbuka dan sahur
3. kurangkan @ elakkan air manis dan kuih muih
4. kemas rumah sebagai rutin harian bagi menggantikan workout
5. tido secukupnya

Mana tau ada rezeki aku untuk turunkan berat badan dan menang contest nih...heheh..kepada peserta yg lain, sama2 lar kiter berusaha untuk mendapatkan berat badan yg diidamkan...

Monday, October 25, 2010

lama tak update....

Berat tak turun tu pasal tak update...heheh...Aku masih lagi dalam program diet cuma tak brapa serius sebab aku sedang di landa sakit gigi...InsyaAllah besok atau lusa akan di cabut...mak wat masa ini aktiviti senaman dan puasa di hentikan...