Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts

Tuesday, September 27, 2011

Detox masih belum bermula....

Aku blom berkesempatan lagi nak memulakan detox sebab

1. Baru lepas balik kampung,,penat giler
2. ari isnin cuti mengemas rumah sampai tak sempat nak masak
3. malas


heheh...

InsyaAllah esok ari khamis 29 Sept 2011 aku mula balik detox...
bukan detox sangat lar kot cuma aku akan control apa yg aku makan dan pastikan ada workout

Syarat2 yg aku nak kena patuhi untuk diet kali ini adalah

1. Pengambilan nasi sesenduk sehari untuk sekali makan means aku akan makan nasi waktu lunch sahaja
2. Memasak sendiri untuk breakfast dan lunch
3. masakan berasaskan bakar, stim, rebus dan panggang sahaja
4. Air masak bergelas2 sehari
5. Workout setiap petang selama sejam. Aku tak nak buat workout yg berat sangat..Asal bergerak dan keluar peluh
6. makan malam berupa buah atau sup sahaja
7. timbangan akan dibuat setiap minggu ari khamis pagi selepas bangun tido
8. Diari makanan perlu di lengkapkan setiap hari seblom tido...diari mengandungi apa yg dimakan sepanjang hari dan apa aktiviti fizikal yg di lakukan
9. Avoid minuman manis (kecuali secawan nescafe sehari), jajan, santan, manisan


Tu jer lar kot...
Aku nak kena state dengan program nih slama 40 hari sampai lar hari raya haji nanti...
InsyaAllah aku akan update perkembangan skali seminggu...wish me luck...harap2 ada sedikit penurunan...

No comments: