Ramai yang tanya aku, macam
mana aku boleh kurus sampai hilang 40Kg berat badan. Letih juga aku nak
jawab satu demi persatu pertanyaan memandangkan jawapan yang akan aku
lontarkan kepada mereka yang bertanya adalah hampir sama sahaja. Sempena
tahun baru ini, biarlah aku cerita sikit strategi untuk hilang
sekurang-kurangnya 1Kg dalam masa 1 minggu, so kalau korang nak hilang,
let say 40Kg macam aku, maka boleh hilang dalam lebih kurang 40 minggu =
10 bulan sahaja.
Korang mesti pelik, kenapa sampai 40Kg je, then aku stop? Sebabnya
mudah saja, iaitu kalau aku hilang 40Kg, maka aku akan mendapat
BMI idle iaitu 24.
As simple as that.
So, korang kalau nak kurus tu, apa2 hal pun buat la kira2 dulu ok,
jangan terlebih kurus sampai jd ‘keding’ plak. Terlebih dahulu, aku nak
bagitahu la, aku share info ni bukan la sebab nak riak kata aku kurus ke
apa, tapi aku rasa benda ni adalah ilmu, dan memang wajib ilmu itu
disebarkan supaya ianya terus bercambah. Ok? Pendek cerita, berikut
adalah tips yang aku amalkan semasa dalam tempoh 10 bulan aku kuruskan
badan, tanpa pil diet, dan paling penting, tanpa JUS MATE 5 Dr. Rozmey
atau Acai Berry :D
Langkah 1: Kira Berat Badan Sasaran, guna formula BMI
Kira BMI terkini korang, then kira plak berapa berat yang perlu
korang buang. BMI Idle korang (BMI Idle ialah antara 18-25, Overweight
25-30, Obese 30>). Contoh pengiraan:
Berat terkini 140Kg, Tinggi pula 1.5m (memang clearly obese la kan).
Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2
= 140Kg / (1.5m)^2
= 62.2 Kg/m^2
Sememangnya super duper obese la bmi 62.2 ni, nak turun pulak sampai
sekurang-kurangnya dapat bmi 25, so berapa ek nak buang? Sebab kita ni
kadang-kadang dah tak bleh nak tinggi lagi bila melepasi umur 20 tahun,
maka kita kena jugak adjust weight kita ni. Kira expected weight (berat
target) dulu la jawabnya.
Berat target (kg) = BMI target X (Tinggi dalam meter)^2
= 25 X (1.5m)^2
= 56.3 Kg ~ 56Kg.
Berat perlu dibuang = Berat terkini – Berat target
= 140 – 56
= 84 Kg.
Mesti korang kata, gila ke apa ko ejoy, nak buang sampai 84Kg. Di
sini, biar aku jelaskan, itu bukan perkara mustahil. Nak buang 84Kg,
maksudnya kena makan masa 84 minggu, lebih kurang setahun setengah juga
la, tapi itu bukan suatu masalah. Yang penting disiplin dengan program,
that’s the key of success. Kalau rasa 84Kg tu terlalu banyak, boleh je kita nak buat
sub-goal dulu, seperti nak turunkan berat sebanyak 20Kg dulu,
then bila dh lepas tu, naikkan sket untuk turun 30Kg plak. Sikit2 lama2 jd bukit, betol tak?
Aku nak kena kurangkan 27kg....means dalam masa 27 minggu (hampir 7 bulan)
Langkah 2: Senaman
Secara jujur, korang tak perlu nak senaman sebenarnya kalau nak
turunkan berat badan, dengan syarat korang ambil dalam 1000Kcal je
makanan dalam sehari untuk turunkan seurang-kurangnya 1Kg/seminggu.
1000Kcal je sehari? Memang gila sebab itu sangat merbahaya untuk
kesihatan, silap haribulan, boleh dapat sakit berkaitan gastro usus atau
lebih popular dipanggil gastrik. Jadi, kena makan banyak la jugak ye En
ejoy? Yup. Kena makan, tapi dengan cara yang betul, seperti yang aku
akan cerita nanti. Jadi kalau dah makan kena banyak, macam mana nak
turun berat? Senaman la jawabnya. secara umum, ada 2 jenis senaman yang
korang mungkin tahu, iaitu
Cardio orientated dan
Strength orientated. Apa kemenda 2 benda tu? Cardio ni ialah bentuk senaman yang
menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh2 tertentu, manakala Strength pulak adalah bentuk senaman yang
menguji dan memperbaiki kekuatan otot.
Contoh senaman Cardio ni ialah Jogging, briesk-walking, skipping,
berenang, bermain futsal, etc. Manakala contoh senaman strength ialah
weight lifting, push-up, etc.
Umumnya, aku hanya bersenam 4-5 hari seminggu sahaja, di waktu pagi,
dengan jadual yang berikut, tapi korang tak semestinya nak ikut jadual
ni, terpulang kepada individu dan kelapangan la:
Isnin: Jogging (30 minit non-stop, burn about 300Kcal-400Kcal)
Selasa: Bermain dengan Dumbell (1 Jam).
Rabu: REHAT
Khamis: Jogging (30 minit)
Jumaat: Bermain dengan Dumbell (1 Jam)
Sabtu: Jogging (30 minit)
Ahad: REHAT
Korang mesti perasan, kenapa aku lebihkan ‘jogging’ daripada ‘bermain
dumbell/weight training’, ini tidak adil!! (dialog cerita 3 abdul).
Jawapan aku mudah saja. Ini kerana antara 2 jenis senaman aku sebut
tadi, senaman cardio lah yang paling berkesan untuk BAKAR lemak. Yup,
anda tak salah dengar. Tapi, kenapa ya? Ini kerana senaman cardio ni
banyak guna tenaga dan paling penting, ia mudah dilakukan. Ada sesiapa
disini yang tidak tahu berlari? Berjalan? Memang mudah kan? Dan tips
yang paling mudah, ini aku belajar dari Kevin Zahri la, seelok-eloknya
buat cardio ni bila perut kita tak berisi makanan sekurang-kurangnya
4-8jam. Sebabnya mudah saja, sebab pada ketika inilah glucogen level
dalam badan kita sangat rendah sehinggakan dalam 15 minit jogging saja,
ianya akan habis, dan pada ketika ni lah badan kita akan cari sumber
tenaga alternatif: BODY FAT aka LEMAK. Sebab itulah seeloknya jogging
sebelah awal pagi (lepas bangun tido) sebab waktu tu perut kita kosong
lagi, kalau tak boleh gak (faktor
busy),
boleh gak jogging waktu2 lain, tapi pastikan perut kosong dengan
carbohydrate sekurang-kurangnya 4-8 jam la, dan tempoh jogging tu pulak
hendaklah melebihi 20 minit, sure korang burn fat. Tapi jangan lupa
minum air kosong pulak ye, kang korang dehydrasi pulak.
Plan aku
isnin- cardio workout 30 min
selasa zumba 30 min
rabu threadmill 30 min
khamis kelas zumba & tabata 1 jam
jumaat cardio workout 30 min
sabtu pg zumba 30 min
sabtu ptg threadmill 30 min
ahad rest
Langkah 3: Diet
Ramai orang salah anggap maksud diet ni. Sebut je diet, mesti ingat
maksudnya nak kurus. Tak, itu definasi salah. Sedangkan Diet ni
maksudnya cara korang makan. Even makan burger hari2 pun dikira diet
gak, tapi diet tak sihat la. Dan bila sebut pasal diet, pasti tak lari
dengan istilah kalori (Kcal). Kalori ni ialah suatu unit tenaga. Korang
beli apa2 produk makanan, pasti ada label makanan yang tulis jumlah
kalori, protein, carbs, fat, sodium, etc. Even ramai juga antara kita
mesti tak tahu, yang setiap orang mempunyai had kalori yang berbeza,
bergantung pada berat badan masing2 (ada cara/formula untuk kira dia,
tapi aku tak nak tulis disini sebab tak mahu kepala korang pening
nanti). Kalau korang rajin nak kira kalori gak macam aku, aku rekemen
masuk website kevin zahri ni menerusi
link ni.
Tapi kalau korang rasa malas nak kira, ikut tips aku yang amat mudah
ni (berdasarkan pengalaman aku la, dah nama aku buat hari2).
1.
Makan 5 kali sehari: Breakfast, Lunch, Tea-break, Dinner, Supper (minum segelas susu sahaja).
And Never skip your meals. NEVER.
2.
Breakfast: makan roti, esok
makan oat, lusa makan nasi lemak (setengah pinggan). Lepas tu aku akan
ulang menu yang sama, so siapa cakap nak kurus kena elak makan nasi
lemak? Minum pulak aku minum samada susu lembu, milo atau teh, tapi
hanya guna satu teh gula saja dalam setiap gelas. Selalunya aku tak
taruh gula langsung la.
3.
Lunch dan Dinner: aku makan
segenggam nasi/setengah pinggan saja dalam setiap hidangan, ¼ pinggan
untuk sumber protein (ikan, ayam, etc), ¼ lagi untuk sayuran. Elakkan
ambil kuah dari lauk2 tersebut sebab berminyak. Untuk permulaan, cuba
hadkan kuah tu dengan 1 sudu saja, bila dah lama2 tu, kalau dah biasa tu
tak payah bubuh kuah terus. Lagi satu, jangan makan kulit ayam, dan
kurangkan makan daging sebab daging lembu banyak
saturated fat. Dada ayam dan makanan laut adalah pilihan protein yang terbaik
4.
Cravings? Makan keropok,
cekedis, coklat, aiskrim dihadkan hanya untuk hujung minggu saja, tapi
ingat, jangan berlebih2. Memang nikmat la dapat makan waktu tu, sebab
dapat makan seminggu sekali je kan, memang nikmat dia 1000X daripada
kalau kita makan benda2 tu hari2. Maksure juga tengok jumlah kalorie
dalam makanan tu kat label “maklumat pemakanan”. Secara tak langsung,
korang akan ‘berjaga-jaga’ dengan jumlah cekedis yang korang nak makan.
5.
Tingkatkan metabolism = burn
calorie dengan efisyen = turun berat dengan cepat!! Tapi macam mana nak
tingkatkan metabolism? Makan banyak sayuran dan buah-buahan (Vitamin B,
Taurina), dan sekali sekala minum juga teh dan kopi, sebab caffeine juga
mampu tingkatkan metabolism.
6.
Elakkan minum benda-benda manis.
Macam dalam kes aku, aku kadang2 tak ambil gula terus dalam seminggu,
sebab aku tahu aku boleh dapat glucose dan carbohydrate dari sumber lain
(buah, sayur, nasi, roti). Banyakkan minum air kosong, about 8 glasses
per day.
Itulah sahaja tips2 yang aku amalkan. Semoga korang juga akan
mencapai maklamat untuk turun berat badan. Tapi ingat, jangan terlalu
ekstrem ok? Kalau korang rasa tiada perubahan tu, korang cubalah
muhasabah diri, tanya diri sendiri kenapa tak turun. Sebab setahu aku,
nak turun berat ni tak susah asalkan kita sabar, dan terus berikan 200%
komitmen dengan tips2 tadi. Jangan lupa juga, rekod berat badan korang
setiap minggu, and keep track on it ok? Good Luck, and Happy New Year
2010.
utk menu makan aku akan
-elak makanan manis, berminyak berlemak
-bykkan buah dan sayuran
-green tea kopi kosong air kosong 3 liter
kredit to blog
susu sejat