Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts
Showing posts with label menu diet. Show all posts
Showing posts with label menu diet. Show all posts

Wednesday, November 15, 2017

Lama kan tak bersiaran......

Tarik nafas dulu......lepas.....huh

Diet......hmm caner nak citer ek....diet kelautan dalam heheheh
Asalnya aku plan nak start balik 1 nov tp tu la tak settle kemas lagi jadi aku tak sempat nak workout dan makanan ada dimerata tempat.....

tp aku tak la kembali ke tabiat makan yg lama....still jaga apa yg aku makan cuma kekadang tu adalah terkucil skali 2 kali 10 kali heheheh

Skang ni pagi aku makan 1 hidangan bf yg lengkap....tghr makan nasik berlauk....nasik menten sesenduk....malam makan awal sket tp berasaskan roti....

Ni contoh menu dinner aku....sepinggan ni bukan aku makan sorang ya....aku just amik 1 ke 2 potongan...InsyaAllah kenyang jgn risau....baca bismillah.....

tortilla nugget

sandwich


salad sukati aku....

Senang je nak wat salad ni....just goreng nugget je....bahan yg lain tu siap sedia utk dimakan

Bahan2

nugget - goreng
salad - potong sukati nak camner
carrot- sagat halus
kopok chachos perasa BBQ
kepingan cheesedale- potong kecik2
sos thousanf island

cara2
gaul rata semua bahan dan tada.....sedia untuk dinikmati....

boleh letak dalam tortilla atau jadikan sandwich....kalo nak prepare awal tapi nak makan kendia asingkan nugget dan kopok....btol2 nak makan baru gaulkan....

p/s: Utk org yg diet lebihkan salad dan carrot

Sunday, August 13, 2017

Beriadah di pagi sabtu

Aku ni kalo mood rajin datang mula la macam2 aktiviti aku ajak 1 family join....Sabtu lepas aku ajak hb ngan anak2 gi joging tepi tasik presint 2

park kete kat depan belon udara ni...thes wat strreching sket...then terus stat jalan dan joging...byk jalan dari lari....yg dua beradik ni asik la lumba lari....


mula2 kitorang panjat monumen alaf baru ni dulu...sampai atas....selfie the turun balik....aku pernah naik skali dulu...masa mula2 pindah opis....tu la skali....dulu semput...kali ni Alhamdulillah ...mungkin sebab dah 3 bulan aku workout....

irfan je xde kasut sukan...jadi pakai kasut jalan je




cubaan mencopot bangunan





Rasa nak dekat sejam kot kitorang jalan dan joging...dari monumen sampai depan masjid tuanku mizan....lumba lari beberapa kali gak....ada yg kakak menang ada yg abah menang...kesian irfan nangis2 dia xmenang....kakak plak lg seronok tgk adik nangis kalah lumba lari....sudahnyas aku pegang kakak suh irfan lari dulu....akhirnya menang gak...kakak plak merajuk....adeh

lepas keluar peluh ....makan mekdi lak....xjauh pun mekdi dari situ hehehe...lagipun tu ler umpan nak soh diorang bgn awal pg tu....mainan mekdi taman dan makan2

Sebab baru lepas workout maka aku makan yg lite2 jer...aku amik big breakfast...scramble egg, burger roti dan sikit sos serta hashbrown...pastu kopi....

Kalo dulu xcukup byk tu jerr...kena lebih lagi...siap dessert....siap ice latte....lepas makan siap2 blk umah....bersiap g kenduri lak

kenduri bertempat di meru klang....makan lagi...tp aku hadkan amik kuih talam seketul nasi sket lauk ayam dan kambing....air bawak sendiri.....tu pun tuan rumah asik lalu lalang suh tambah nasik hahaha...Aku suap irfan dulu...jadi nampak mcm aku makan byk la....heheheh
 Tak jauh dari situ umah member baik aku...fuziyan.....makan lagi...karipap plak....adeh....tp xpe la skali skala...xleh slalu....hancuss diet....

taman depan umah....heaven budak2 ni..tp sayang ujan renyai....xleh main laam

 Malam nya makan lagi ....nasi kambing bakar pulak...aku kongsi nasik ngan irfan....aku suap dia lebih sket dr diri sendiri....kalo dulu siap tambah tu...tp skang kena insaf sket

Pagi esoknya cek petiais xde apa nak masak utk breakfast.. nampak santan..ting....idea....
maka terhasillah nasi lemak sambal bilis dan telor rebus....aku makan nasi sket telor lebih dan sambal je......tghr xmakan....tdo masing2....ptg sket dalam kul 5 hb masak bihun spore.....

tu je cerita makan makan dan makan dihari sabtu ahad.....
Arini back on track....bf bihun smalam + tolo mata
10 am sebiji epal

tghr jap gi InsyaAllah sup dan nasik....opis aku ni ada menu baru yg sihat....slalu aku amik nasik sket + telo dadar + sayur + sup Alhamdulillah kenyang dan sihat

Wednesday, August 9, 2017

Menu ibu berpantang merangkap menu diet yang boleh diamalkan. kredit to diarimama.com

10 Resepi Mudah Untuk Ibu Berpantang Yang Suami Gerenti Boleh Masakkan :)

Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera…
Kandungan saya sudah pun nak masuk enam bulan. Kali ini sedikit nervous kerana bercadang untuk berpantang sendiri di rumah. Maklumlah ibu dah pun meninggal empat tahun yang lepas. Nak berpantang di rumah mertua pula rasa segan nak mintak tolong banyak-banyak especially jika suami terpaksa pulang bekerja semula.
Saya yakin mesti ramai yang alami dilema seperti saya. Ada juga yang terpaksa berpantang sendiri kerana ibu kandung masih bekerja. Pendek kata, 1001 alasan dan sebab yang akhirnya membawa kepada perancangan untuk berpantang sendiri di rumah.
Ketika waktu inilah, suami kena ambil tanggungjawab extra untuk menjaga isteri masing-masing. Maklumlah selepas bersalin, badan tak kuat mana dek kerana darah banyak keluar. Belum lagi urusan untuk settlekan anak-anak yang lain termasuk baby baru.


Jadi sebelum bersalin, kena buat perjanjian siap-siap dengan encik suami (wajib buat tau). Antara tugasan yang diamanahkan untuk suami saya ialah memasak lauk pauk untuk isterinya yang sedang dalam pantang (satu family boleh makan pun sebenarnya).
Kalau ikutkan belah keluarga saya, ikan merupakan menu utama dalam penyediaan menu berpantang. Maklumlah kami orang Terengganu. Ayam atau daging memang kena pantang dulu dalam 10 hari pertama. Tapi, saya tidak kisah sebab memang lebih suka makan ikan berbanding ayam.
Lagipun, ikan ternyata lebih bagus untuk otak.

10 Resepi Mudah Untuk Ibu Berpantang

Saya kongsikan 10 resepi di bawah khas buat para suami yang bakal mengambil tanggungjawab sebagai chef ketika isteri di dalam pantang. In shaa Allah, caranya memamg mudah. Lagipun bahan masakan untuk ibu berpantang tidaklah serumit mana.
Masak dengan kasih sayang, tentu lebih sedap rasanya kan? Jom follow 10 resepi di bawah.
#1. Ikan Panggang
  1. Basuh bersih dan kelar ikan kembung/selar/merah/tenggiri
  2. Lumurkan garam, kunyit dan lada hitam pada badan ikan (kalau anak jaundis, lumurkan garam dan lada hitam sahaja)
  3. Bakar atau panggang menggunakan pemanggang ajaib
  4. Jika mahukan ikan bakar beraroma, balutkan ikan dengan daun pisang ketika proses memanggang.
  5. Siap dan boleh makan bersama nasi panas yang ditabur lada hitam tumbuk.
#2. Singgang Ikan
resepi mudah ibu berpantang.jpg
  1. Satukan kunyit hidup, lengkuas, bawang putih dan asam keping ke dalam periuk yang berisi air
  2. Didihkan. Bagi didih lama supaya air-air perencah turun.
  3. Bila sudah didih dalam tempoh yang agak lama, masukkan ikan tenggiri/ selar/kembung. Perasakan dengan garam
  4. Angkat apabila ikan sudah masak
**Biasa kami menggunakan ikan tongkol untuk memasak singgang ikan. Tetapi untuk ibu berpantang, ikan tongkol ini dikatakan gatal. Jadi gunakan sahaja ikan selar/kembung atau tenggiri.
**Kunyit, lengkuas dan bawang putih nak tumbuk atau hiris-hiris pun boleh.
#3. Sup Lobak Putih
  1. Panaskan minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga layu
  2. Masukkan ikan bilis dan tumis seketika. Masukkan air dan didihkan sehingga layu
  3. Bila sup mendidih, masukkan lobak putih dan sedikit lada hitam. Perasakan dengan garam
**Nak nampak cantik, boleh hiriskan lobak merah halus-halus
**Lobak putih bagus sangat untuk banyakkan susu badan. So menu ini memang menjadi kewajipan ketika berpantang
#4. Sup Ikan Merah
resepi mudah ibu berpantang.jpg
  1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumis bawang merah, bawang putih, halia bersama kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi
  2. Kemudian masukkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan kentang.
  3. Agak-agak kentang dah empuk, masukkan ikan. Kemudian masukkan lada hitam dan sedikit garam.
  4. Taburkan daun sup bila hidangkan kepada mak berpantang :)
#5. Tenggiri Goreng Halia
  1. Bersihkan ikan tenggiri dan lumurkan ikan dengan garam dan kunyit.
  2. Goreng dengan sedikit minyak
  3. Baki minyak digunakan untuk menumis halia, bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga naik bau
  4. Masukkan sedikit air dan kemudiannya masukkan ikan yang sudah digoreng tadi
#6. Ayam Bakar Lada Hitam
resepi mudah ibu berpantang.jpg
  1. Basuh ayam sehingga bersih
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, dan halia
  3. Bahan kisar bancuh bersama sos cili, kicap pekat, serbuk lada hitam, madu, sedikit garam dan gula
  4. Perap ayam dengan bahan yang telah disatukan
  5. Bakar/panggang menggunakan pemanggang ajaib
**Boleh dimakan bersama bersama sup sayur
**Mak saya tidak benarkan saya makan kicap mahupun sos cili ketika di dalam pantang. Jadi, jika anda tidak mahu campurkan bersama pun boleh juga.
#7. Sup Daging Bersama Kentang Dan Carrot
  1. Potong daging dan bersihkan
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, halia bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau
  3. Masukkan air, daging dan kentang. Didihkan sehingga daging dan kentang empuk
  4. Masukkan hirisan lobak merah
#8. Kerabu Pegaga
resepi mudah ibu berpantang.jpg
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat
  2. Gorengkan tanpa minyak sehingga bahan kering
  3. Gaulkan dengan pegaga yang telah dibersihkan
  4. Makan dengan nasi panas dan ikan bakar memang ummp!!
#9. Tenggiri Berserai
  1. Bersihkan ikan tenggiri. Lumurkan garam dan kunyit pada ikan. Kemudian bakar menggunakan pemanggang ajaib.
  2. Dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, sedikit halia dan serai yang telah diketuk.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa dan biarkan mendidih seketika.
  4. Kemudian masukkan ikan yang telah dibakar tadi.
  5. Boleh juga masukkan lada hitam yang telah ditumbuk lumat
#10. Ikan Merah Stim Halia Dengan Bawang Putih
resepi mudah ibu berpantang.jpg
  1. Bersihkan ikan merah. Lumur ikan dengan garam.
  2. Hiris bawang besar, bawang putih, halia, serai, daun limau purut, lobak merah dan batang saderi
  3. Letakkan ikan dan semua bahan hirisan di dalam satu bekas. Kukus sehingga ikan masak.
**cara memasak untuk ibu berpantang adalah lebih simple kerana ada banyak yang ibu masih belum boleh makan. Umpanya cili padi, dan sos ikan. Andaikata mahukan rasa yang agak masam, boleh perah limau nipis, tetapi jangan terlalu banyak.

#Suami Anda Pasti Mampu Laksanakan Tugasan Dengan Baik!

Memang betul resepi di atas sangat mudah malah sangat menyihatkan. Jika suami anda memang betul-betul kaku di dapur, mungkin anda boleh berikan dahulu sedikit latihan sementara anda masih belum bersalin. Yalah, ada juga suami yang tidak tahu mana satu halia, mana satu lengkuas kan?
Kepada anda yang sedang hamil, selamat menikmati perjalanan indah sebuah kehidupan. Kepada anda yang sudah pun berada dalam fasa pantang, hati-hati dengan pemakanan anda. Jaga dan kawal pemakanan supaya anak anda sihat dan anda juga tidak diserang sembelit teruk!
Selamat mencuba!!

 Aku rasa macam nak try semua resepi ni...tapi tu la nak kena beli bahan nya dulu hehehe....next week insyaAllah

kredit to blog diarimama

Wednesday, August 5, 2015

Di antara menu atkins yg menjadi santapan....

sup sawi, telo ddr n ikan grg


bahan2 telur meriah


breakfast kebanyakan hari


tolo lg

ikan grg n sayur bayam

grilled lamb dan kangkung

bahan2 telur meriah


tadaa...

pucuk paku telur dan tenggiri

ikan grg sayur buncis

dgg grg telur mata




Monday, June 2, 2014

Menu diet....


Dah seminggu aku kembali masak menu diet...masak lebih dan boleh buat bekal untuk esoknya...
diantara menunya adalah salad ayam

ayam diperap dgn blacpepper dan garam

beberapa jenis salad

bakay ayam atas pan dgn sedikit minyak

then potong salad dan gaul bersama ayam....siap

ni menu sabtu lepas..

salad ayam
salad ni kalo tak abis boleh simpan fridge...tahan ler 2 ker 3 ari

udang dan sotong goreng tepung

ni testimoni


breakfast pg smalam

bekal lunch smalam gak