Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts
Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Sunday, January 26, 2014

Join contest: lost weight challenge....


Ni pic masa 15 Jan aritu..aku join contest kat group fb KMMK....berat permulaan 73.5kg....
Harap2 ada penurunan selepas 3 bulan...aku ni nak kena join aktiviti macam ni baru ada semangat....Selain tu aku compete ngan deqla skali...kitorang kan balik kampung sebulan skali...so akan nampak perubahan ketara kalo turun berat lar sebab lama tak jumpa...

diet ada geng baru best dan semangat...hahaha..
Utk contest kali nih strategi aku adalah:

1. jaga makan
2. catat setiap makanan dan aktiviti dalam diary
3. pastikan ambil nasi skali sehari sahaja
4. Apply felinna
5. aerobik bila berkesempatan...atleast 3 kali seminggu
6. elakkan air manis dan makanan berlemak

mari kiter lihat diantara menu diet yg tak brapa nak diet sangat...

ayam bakar bersama coleslaw dan kentang putar

nasi putih udang harimau masak lemak dan sup sayur sawi


udang goreng dan sup kobis


tips: 
1 bila berhadapan dgn makanan berkuah lemak, elakkan dari mengambil kuah...amik isi sahaja
2. makan buah seblom makan nasi
3. semasa mencedok nasi kedalam pinggan, ambil dalam kuantiti sesenduk sahaja...jgn senduk lagi...dan jgn tambah lagi...kalo rasa tak puas makan, makan lar sup sayur semangkuk...
4. jangan kontrol makan secara drastik....mulakan perlahan2...tp konsisiten...kalo dah biasa amik nasi sepinggan penuh, kurangkan kepada 3/4 penuh...esoknya kurangkan kepada 1/2 pinggan....bila perut dah biasa makan nasi sikit, lepas beberapa bulan cuba makan byk balik, mesti senak...tak caya cuba lar...





Sunday, January 8, 2012

Contest " Mencapai Berat Badan Ideal"

Ha...tu dia nama contestnya...jenuh seharian fikir apa nama contest nak letak...
Pendaftaran di buka mulai arini 9 jan 2012 hingga 19 jan 2012 (10 hari)
Doc khas telah di create di FB KMMK

Syarat2 utama
1. Perempuan sejati
2. BMI melebihi normal
3. Follower blog ini dan join fb KMMK

Jika berminat sila update doc kat fb KMMK dengan menyertakan
- nama dalam fb
- umur
- berat sekarang
- berat idaman



Syarat2 tambahan
1. Update berat setiap hari rabu setiap minggu
-hari rabu dipilih kerana 1 feb jatuh ari rabu dan nak elakkan update lambat sebab kebanyakan peserta diet online kat opis memasing...kat umah sibuk menguruskan rumahtangga...kalo rasa sibuk sangat tak sempat nak bukak fb boleh sms sy...no phone nanti sy publish kat fb KMMK

2. Cara diet ikut suka hati
- nak control makan, aerobik, atkins diet, nak pakai losyen mustajab, nak minum herbalife, nak minum JDM5, nak makan sayur sajer, nak makan roti sajer...sukati...tapi jangan serius sgt...kiter nak kurus dan sihat...

3. Gambar permulaan full body dari pandangan sisi dan depan bersama gambar timbangan hendaklah di sertakan samaada melalui blog masing2 atau kat fb KMMK...selewat2nya sebelum 31 jan 2012...

Hadiah/ Ganjaran
1. Pemenang akan dinilai berdasarkan lost weight percentage (LWP) paling banyak
- Tempat pertama
-Tempat kedua
-Tempat ketiga

2. Penaja adalah di alu2kan...

3. Selain tu, ganjaran yang paling berharga adalah kehilangan berat badan....


Peserta akan tersingkir sekiranya
1. Berat tak update lebih dari 3 kali
2. Pregnant


* Syarat2 penyertaan ni tak final lagi...mungkin akan sy update sekiranya dirasakan sesuai...Apa2 cadangan leh tinggalkan komen di blog atau fb KMMK....

Setelah seminggu....

Pagi tadi naik scale, berat sy naik 200 gram...jadi 74.0...hehehe...mungkin sebab datang bulan kot...tp diet tetap diteruskan...

Dengar ceritanya kak zel dah mula wat contest setahun khas buat peserta berat melebihi 90kg...pasti ramai yg kecewa sebab tak dapat join kan...tapi takper sy akan menganjurkan contest yg diberi nama

"MENCAPAI BERAT BADAN IDEAL"

saper yg dah capai berat badan ideal takleh join...sebab apa lagi yg korang nak...dah ideal kan...kurus kering kang tak cantik plak...nak tau berat badan ideal ker tak... kena lar kira BMI...

FORMULA MENGIRA BERAT BADAN IDEAL (BMI)

Indeks Jisim Tubuh (BMI) : Berat tubuh badan (kg) bahagi Ketinggian (m) kali Ketinggian (m)
Contoh :
Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mual-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan
BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6



Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda adalah obese (berat badan berlebihan)




contoh BMI ku (tinggi 1.52m, berat 74.0kg
1.52x1.52= 2.3104
74/2.3104= 32.0

berat badan ideal buatku antara 47kg hingga 57kg
1.52m x 1.52m = 2.3104
57kg /2.3104 = 24.7
47kg /2.3107 = 20.3

 

Contest akan bermula 1 feb 2012 hingga 11 April 2012 (10 weeks)

Syarat2 penyertaan akan sy update kemudian....

yg penting skali peserta mesti ada FB @ blog

dan mestilah ahli fb Kumpulan Manusia Mahu Kurus

Saper berminat boleh ikuti perkembangan kat FB dan blog saya....