Total Pageviews

Go go chaiyok

LilySlim Weight charts

Wednesday, April 11, 2012

Pengumuman pemenang contest 'Mencapai Berat Badan Ideal'.

Smalam 11 April adalah hari last untuk pertandingan MBBI...Aku dah publish aku nyer no phone kat fb KMMK supaya setiap peserta boleh sms aku berat memasing...sms diterima seawal 9 pagi kalo tak silap dan panggilan telefon terakhir diterima jam 9 malam...pastu takder dah panggilan atau sms diterima...

Hanya 7 peserta sahaja yg update berat....dengan ini diumumkan pemenangnya adalah

NO PESERTANAMA1-Feb11-Aprtotal lostLWP
37Adnin nadhirah80.967.113.817.06
32Shadia Darwisy62.553.5914.4
9Krissia Phillip68.259.38.913.05
21Nazariah Jadon59.154.24.98.29
16HAZLINA DIN68.565.23.34.82
14Adora Endut54.852.62.24.01
12Nadiyah Abdul68.969.2gain 0.30


Pemenang dinilai berdasarkan LWP paling tinggi...

Formula LWP = [(Berat 11 Apr - Berat 1 Feb) / Berat 1 feb] x 100

Setiap 7 peserta ini dikehendaki menghantar gambar berat timbangan 11 Apr dan gambar full body sebagai bukti.....Hadiah akan diberi kepada 3 peserta teratas seperti yg dijanjikan dan hadiah saguhati akan diberikan kepada 4 peserta lagi kerana komitmen berjaya menamatkan contest ini...



Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua 41 peserta MBBI seandainya ada tersilap kata, tutur bicara, tingkah laku sepanjang sy menganjurkan contest ini...Sesungguhnya yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk tu adalah kerana kekurangan diri saya sendiri...Contest ini amat bermakna pada saya kerana tujuan asalnya untuk menurunkan berat badan bersama peserta semua tetapi sy terpaksa menyingkirkan diri sendiri kerana telah pregnant...Syukur Alhamdulillah...Walaupun tak dapat menyertai contest ini sehingga ke akhirnya, sy bersyukur kerana ada hikmah disebaliknya...Setahun lebih sy berusaha untuk mendapatkan adik bagi batrisyia tetapi blom ada rezeki dan mungkin kerana berat badan yg berlebihan membuatkan sy sukar mengandung...Apabila sy menyertai geng KMMK, sy berjaya meurunkan berat sehingga 10kg dalam masa beberapa bulan.....selepas itu berat sy turun naik sehingga lar 72.9kg...rupa2nya masa tuh dah ada isi...heh..patutlar liat sgt nak turun...walaupun kini dah berbadan dua sy masih lagi mengamalkan diet seimbang dan berkhasiat....

Kepada yg berjaya atau tak menurunkan berat badan...Jangan sesekali berputus asa...teruskan usaha anda hingga MENCAPAI BERAT BADAN IDEAL....Sekian...

6 comments:

Nazariah said...

Terima kasih buat mummy batrisya yg bersusah pyh menjadi penganjur w/pun terpaksa mengundur diri...jaga diri dan kandungan sebaik mgkin dan semoga selamat bersalin...:)

Unknown said...

Bestnya... Tak sia saya komited menalipon mami walaupun berat indah khabar dari resultnya... Hehe. Walaubgmana pun, ingin saya katakan contest MBBI ini banyak memberi semangat dan kesedaran diatas kealpaan saya tak berdiet selama sepuluh minggu ni. Pengajaran yg paling cliche skali "anda buat anda dapat". Berakhirnya MBBI ni memberikan saya semangat yg lebih utk melaksanakan impian mendapatkan berat badan idaman. Mmg MBBI sungguh tepat seperti yg telah dilaksanakan. Terima kasih mami kerana komited dgn saya yg x berapa komited ni... Huhu akhirkata, maaf kalau ada salah silap sepanjang MBBI dr saya. Kalau ada sesape nk buat contest lg, jgn lupa roger sbb saya mmg tengah bersemangat... Tenkiu uolls!!!

Mummy said...

Nazariah...time kasih

nadiya: rasa cam ada jer nk wat contest baru...tq gak buat awak

mia-ina said...

tahniah kpd para pemenang...semoga teruskan diet dgn baik slps nie

OrkedUnggu said...

tahniah ..jaga baby elok2 n jangan lupa jaga diri juga ya...lepas bersalin leh join balik misi menurunkan berat :)

Mummy said...

time kasih orked